Haswell (seni bina mikro)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haswell
Haswell Chip.jpg
Wafer Haswell dibandingkan dengan saiz pin
Kod CPUID0306C3h
Kod produk80646 (atas meja)
80647 (mudah alih)
Teras2–4 (Mainstream)
6–8 (Enthusiast)
8+ (Xeon)
L1 cache64 KB per teras
L2 cache256 KB per teras
L3 cacheMB hingga 20 MB dikongsi
GPUHD Graphics 4200, 4400,
4600, 5000, Iris 5100
atau Iris Pro 5200
200 MHz hingga 1.3 GHz
SebelumnyaSandy Bridge (tock)
Ivy Bridge (tick)
SelepasnyaBroadwell (tick)
Skylake (tock)
Soket
Nama cap
  • Core i3 Series
  • Core i5 Series
  • Core i7 Series

Haswell ialah nama kod bagi seni bina mikro pemproses yang dibangunkan oleh Intel sebagai pengganti kepada seni bina mikro Ivy Bridge. Intel telah mengumumkan secara rasmi CPU-CPU yang berasaskan seni bina mikro ini pada 4 Jun 2013 di Computex Taipei 2013, sementara cip Haswell yang berfungsi telah dipertunjukkan pada Intel Developer Forum tahun 2011. Bersama-sama Haswell yang menggunakan proses 22 nm, Intel turut memperkenalkan pemproses-pemproses berkuasa rendah untuk ultrabook boleh tukar atau "hibrid", ditandakan dengan akhiran "Y".

CPU-CPU Haswell digunakan bersama-sama dengan chipset Intel 8 Series dan chipset Intel 9 Series.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Seni bina Haswell direka khas[1] untuk mempertingkatkan faedah penjimatan tenaga dan faedah prestasi daripada peralihan transistor FinFET (tak bersatah, "3D") kepada nod proses 22 nm yang lebih bagus.[2]

Haswell telah dilancarkan dalam tiga bentuk utama:[3]

  1. Versi atas meja (soket LGA 1150 dan soket LGA 2011-v3 baru): Haswell-DT
  2. Versi mudah alih (soket PGA): Haswell-MB
  3. Versi BGA:
    • TDP kelas 47 W dan 57 W: Haswell-H (Untuk sistem-sistem "Sekaligus", papan-papan induk faktor bentuk Mini-ITX, dan lain-lain format.)
    • TDP kelas 13.5 W dan 15 W (MCP): Haswell-ULT (Untuk pelantar UltraBook Intel.)
    • TDP kelas 10 W (SoC): Haswell-ULX (Untuk tablet dan pelaksanaan kelas UltraBook tertentu.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shrout, Ryan. "IDF 2012: Intel Haswell Architecture Revealed". PC Perspective. 
  2. ^ "IDF: Intel says Haswell won't use Ivy Bridge transistors". The Inquirer. 2012-09-17. Dicapai 2013-10-12. 
  3. ^ "Intel Haswell and Broadwell Silicon Variants Detailed". techPowerUp. 2012-12-26. Dicapai 2013-10-12. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.