Hazara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hazāra (Bahasa Parsi: هزاره) ialah sebuah kumpulan etnik yang kebanyakannya berada di Afghanistan. Populasi Hazara juga dapat ditemui di Iran, Pakistan, Scandinavia, Australia dan New Zealand.

Agama[sunting | sunting sumber]

Orang Hazara secara majoritinya ialah penganut yang beragama Islam Syiah, walaupun ada beberapa populasi yang menganut Sunni dan Ismaili di daerah utara dan barat laut Afghanistan.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Orang Hazara bertutur dalam bahasa Hazara dengan dialek bahasa Parsi dengan beberapa kata-kata daripada bahasa Mongolia dan bahasa Utrki. Banyak orang Hazara di kota-kota yang lebih besar seperti Kabul dan Mazari Sharif menuturi bahasa Dari, sementara orang Hazara dari provinsi Daykundi dan daerah Dai Zangi mempunyai banyak pengaruh bahasa Mongolia dalam bahasa mereka. Orang Hazara di Quatta, Pakistan lebih banyak menggunakan perkataan-perkataan bahasa Urdu dan bahasa Inggeris.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Macgregor, Central Asia, (Calcutta, 1871)