Henry Lehrman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lehrman, 1917

Henry Lehrman (30 Mac 1886 – 7 November 1946) merupakan penulis skrip, pelakon, penerbit dan pengarah filem Amerika Syarikat.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Vienna, Austria-Hungary, Lehrman berpindah ke Amerika Syarikat di usia yang masih muda. Meskipun lebih dikenali sebagai pengarah filem, Lehrman memulakan kerjayanya dalam bidang perfileman sebagai seorang pelakon pada tahun 1909 bersama Biograph Studios.

Pada tahun 1915, Lehrman membangunkan syarikat perfilemannya sendiri iaitu L-KO Kompany dan menghasilah komedi-komedi untuk Universal Studios. Pada tahun 1916, Lehrman meninggalkan dunia lakonan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem. Setahun kemudian, beliau meninggalkan L-KO Kompany dan menyertai Fox Film Corporation sebagai penerbit bagi unit "Sunshine Comedies".

Pada tahun 1920, Lehrman bertemu dengan pelakon muda, Virginia Rappe dan mereka bertunang. Namun, pada September 1921, Rappe, 26, meninggal dunia selepas menghadiri sebuah parti peribadi yang dianjurkan oleh Roscoe 'Fatty' Arbuckle di sebuah hotel di San Francisco. Arbuckle telah dituduh merogol dan membunuh Rappe sebelum didapati tidak bersalah. Lehrman telah menggunakan kes ini untuk meraih publisiti untuk dirinya.

Selepas kematian Rappe, Lehrman tidak aktif dalam dunia perfileman. Beliau dilaporkan telah berkahwin dengan Jocelyn Leigh pada tahun 1922.[1] Pada tahun 1924, Lehrman menerima tawaran dari Fox Film Corporation untuk kembali mengarahkan unit "Sunshine Comedies". Lehrman meneruskan kejayaannya sebagai pengarah sehinggalah pengenalan filem bersuara pada penghujung 1920-an. Beliau pernah mengarahkan dua buah filem bersuara pada tahun 1929 untuk Fox termasuklah filem "New Year's Eve" yang dibintangi oleh Mary Astor. Kepayahan Lehrman untuk mengarahkan filem bersuara telah menyebabkan Fox menyingkirkan beliau. Dua tahun kemudiannya, beliau menghasilkan komedi pendek dengan suara terakhir beliau bersama Universal Studios.

Henry Lehrman meninggal dunia akibat serangan jantung di Hollywood pada tahun 1946 ketika berusia 60 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Henry Lehrman Marries. Fiance of Virginia Rappe Weds Jocelyn Leigh, Former Actress". New York Times. April 29, 1922. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]