Heroes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heroes
Heroes
GenreDrama Fiksyen Sains
PenciptaTim Kring
Dibintangi oleh
David Anders
Kristen Bell
Santiago Cabrera
Jack Coleman
Tawny Cypress
Dana Davis
Noah Gray-Cabey
Greg Grunberg
Ali Larter
James Kyson Lee
Masi Oka
Hayden Panettiere
Adrian Pasdar
Zachary Quinto
Sendhil Ramamurthy
Dania Ramirez
Leonard Roberts
Cristine Rose
Milo Ventimiglia
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan musim3
Bilangan episod77
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Penyiaran
Saluran asalNBC
Format gambar480i SDTV ,
1080i HDTV
Siaran asal25 September 2006 – kini
Kronologi
Diikuti olehHeroes Reborn
Pautan luar
Laman sesawang

Heroes merupakan sebuah siri televisyen yang berasal daripada Amerika Syarikat, hasil ciptaan Tim Kring yang telah ke udara pada 25 September 2006. Siri ini mengisahkan tentang kisah beberapa orang individu istimewa "yang menyangka mereka sama seperti individu-individu lain sehinggalah mereka bangun dari tidur dengan menyedari mereka mempunyai kemampuan yang istimewa" seperti telepati, pengawalan masa dan terbang.

Siri "Heroes" merupakan siri televisyen yang paling popular dikalangan dewasa berusia 18-49, dan menarik 14.3 juta penonton keseluruhan dan mendapat 'rating' tertinggi antara siri drama NBC dalam masa lima tahun.

Pada 6 Oktober 2006 Presiden NBC Entertainment, Kevin Reilly mengumumkan yang Heroes telah terpilih untuk menjadi sebuah siri yang bermusim, dan pada 17 Januari 2007, Reilly telah mengumumkan yang "Heroes" telah terpilih untuk disambung ke musim ke-2.

Walau bagaimanapun, pada akhir episod yang ke-18, iaitu Parasite (Bahasa Melayu: Parasit), "Heroes" diumumkan akan berada pada status 'hiatus' dan disambung semula pada 23 April 2007.

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Senarai Watak Utama

  • Milo Ventimiglia sebagai Peter Petrelli
  • Adrian Pasdar sebagai Nathan Petrelli
  • Masi Oka sebagai Hiro Nakamura
  • Sendhil Ramamurthy sebagai Mohinder Suresh
  • Hayden Panettiere sebagai Claire Bennet
  • Ali Larter sebagai Niki Sanders & Tracy Strauss
  • Greg Grunberg sebagai Matt Parkman
  • Zachary Quinto sebagai Sylar
  • James Kyson Lee sebagai Ando Masahashi
  • Noah Gray-Cabey sebagai Micah Sanders
  • Jack Coleman sebagai Noah Bennet
  • Christine Rose sebagai Angela Petrelli
  • Santiago Cabrera sebagai Isaac Mendez
  • Leonard Roberts sebagai D.L. Hawkins
  • Ashley Crow sebagai Sandra Bennet
  • Dana Davis sebagai Monica Dawson
  • Dania Ramirez sebagai Maya Herrera
  • David Anders sebagai Adam Monroe/Takezo Kensei
  • Tawny Cypress sebagai Simone Deveaux

Untuk senarai penuh serta gambar dan ringkasan watak utama siri Heroes, sila lihat: Senarai Watak Utama Heroes

Untuk senarai penuh serta gambar dan ringkasan watak tambahan dan sampingan siri Heroes, sila lihat: Senarai Watak Tambahan (Watak Pembantu) & Watak Sampingan Heroes

Untuk senarai penuh serta gambar dan ringkasan watak pengasas The Company, sila lihat: Pengasas The Company (Heroes)

Untuk senarai penuh serta gambar dan ringkasan watak masa hadapan dan masa silam, sila lihat: Senarai Watak Di Masa Hadapan dan Masa Silam (Heroes)

Plot[sunting | sunting sumber]

MUSIM PERTAMA VOLUME 1: GENESIS

Plot untuk siri ini telah direka untuk menyerupai siri sebuah komik. Sebagaimana sebuah buku komik, Heroes mempunyai cabang cerita yang lebar dan cabang kecil di antara cabang cerita utama. Tidak kira mana-mana watak yang wujud dalam satu musim,setiap musim Heroes akan melibatkan individu biasa menemui kebolehan diri sendiri dan tindakan kepada penemuan ini.

Setiap episod mendedahkan jawapan dan soalan baru dan perjalanan cerita dan/ataupun watak-watak. Terdapar cabang cerita keseluruhan pada musim pertama yang berkisar tentang cubaan menghalang satu letupan besar di masa hadapan. Cabang untuk plot ini kemudiannya dibawa oleh dua orang watak, Hiro Nakamura dan Isaac Mendez, di mana Hiro melihat ke masa depan dan kemudiannya melakarkannya menjadi lukisan.

Empat episod pertama berkisar hampir keseluruhannya tentang penemuan kuasa istimewa pada watak-watak, sambil menyelesaikan isu-isu kehidupan harian dan menguruskan akibat disebabkan kuasa yang ditemui mereka.

Pada akhir episod ke-4 satu peristiwa yang memulakan satu cabang cerita kecil apabila watak-watak Heroes menerima panggilan mesej dari Peter Petrelli yang meminta mereka "Selamatkan ahli pasukan sorak. Selamatkan dunia!" Pada akhir cabang cerita ini, watak-watak dengan perlahannya membentuk kuasa istimewa mereka dan menemui kewujudan orang lain seperti mereka, dan sehingga sebahagian mereka turut merasakan yang mereka perlu bersatu untuk menghalang satu bencana kemusnahan.

Sewaktu watak-watak ini berkembang dalam musim pertama mempelajari akan orang lain seperti mereka, plot berkembang kepada satu persoalan akan bagaimana letupan yang dilihat oleh Hiro di masa hadapan dan lukisan Isaac akan berlaku dan apakah peranan yang akan dimainkan setiap orang untuk menghalang ataupun menyebabkannya.

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

MUSIM PERTAMA[sunting | sunting sumber]

VOLUME 1: GENESIS

  • Episod 1 "Genesis"
  • Episod 2 "Don't Look Back"
  • Episod 3 "One Giant Leap"
  • Episod 4 "Collision"
  • Episod 5 "Hiros"
  • Episod 6 "Better Halves"
  • Episod 7 "Nothing To Hide"
  • Episod 8 "Seven Minutes To Midnight"
  • Episod 9 "Homecoming"
  • Episod 10 "Six Months Ago"
  • Episod 11 "Fallout"
  • Eposod 12 "Godsend"
  • Episod 13 "The Fix"
  • Episod 14 "Distracrions"
  • Episod 15 "Run!"
  • Episod 16 "Unexpected"
  • Episod 17 "Company Man"
  • Episod 18 "Parasite"
  • Episod 19 "0.7%"
  • Episod 20 "String Theory"
  • Episod 21 "The Hard Part"
  • Episod 22 "Landslide"
  • Episod 23 "How To Stop An Exploding Man"

MUSIM KEDUA[sunting | sunting sumber]

VOLUME 2: GENERATIONS

  • Episod 1 "Four Months Later..."
  • Episod 2 "Lizards"
  • Episod 3 "Kindred"
  • Episod 4 "The Kindness of Strangers"
  • Episod 5 "Fight or Flight"
  • Episod 6 "The Line"
  • Episod 7 "Out of Time"
  • Episod 8 "Four Months Ago"
  • Episod 9 "Cautionary Tales"
  • Episod 10 "Truth & Consequences"
  • Episod 11 "Powerless"

MUSIM KETIGA[sunting | sunting sumber]

VOLUME 3: VILLAINS

  • Episod 1 "The Second Coming"
  • Episod 2 "The Butterfly Effect"
  • Episod 3 "One Of Us, One Of Them"
  • Episod 4 "I Am Become Death"
  • Episod 5 "Angles And Monstres"
  • Episod 6 "Dying Of The Light"
  • Episod 7 "Eris Quod Sum"
  • Episod 8 "Villains"
  • Episod 9 "It's Coming"
  • Episod 10 "The Eclipse (Part 1)"
  • Episod 11 "The Eclipse (Part 2)"
  • Episod 12 "Our Father"
  • Episod 13 "Dual"


VOLUME 4: FUGITIVES

  • Episod 14 "A Clear and Present Danger"
  • Episod 15 "Trust And Blood"
  • Episod 16 "Building 26"
  • Episod 17 "Cold Wars"
  • Episod 18 "Exposed"
  • Episod 19 "Shades Of Gray"
  • Episod 20 "Cold Snap"
  • Episod 21 "Into Asylum"
  • Episod 22 "Turn And Face The Strange"
  • Episod 23 "1961"
  • Episod 24 "I Am Sylar"
  • Episod 25 "And Invisible Thread"

MUSIM KEEMPAT[sunting | sunting sumber]

VOLUME 5: REDEMPTION

(Masih dalam produksi. Ditayangkan pada September 2009)

Penyiaran "Heroes" Di Televisyen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Siri ini turut pertama kali ditayangkan di kaca televisyen yang Malaysia namun ini hanya untuk pelanggan Astro. Heroes pernah ditayangkan di Saluan 711 iaitu Star World setiap hari Rabu jam 9:00 malam untuk musim pertama dan kedua. Untuk musim ketiga, ia ditayangkan pada hari Khamis jam 10:00 malam

Siri ini juga kini ditayangkan di TV3 sejak hari Ahad, 2 Disember 2007 jam 9:00 malam dan seterusnya diubah kepada jam 10:00 malam.

Penerimaan Penonton[sunting | sunting sumber]

Selepas menyiarkan separuh epsiod musim, Heroes telah menerima pelbagai kehormatan dan pujian. Pada 10 Disember 2006, Institut Perfileman Amerika Syarikat menamakan Heroes sebagai salah satu "siri televisye terbaik tahun ini". Tiga hari kemudian pada 13 Disember, Kumpulan Penulis Amerika mencalonkan Heroes sebagai "siri terbaik" tahun 2007. Pada hari keesokannya pula (Disember 14), Hollywood Foreign Press Association mencalonkan Masi Oka yang memegang watak Hiro Nakamura untuk Pelakon Pembantu Terbaik untuk siri televisyen. Namun, kedua-dua siri ini dan pelakonnya tidak memenangi anugerah tersebut; drama siri ini tewas kepada siri keluaran ABC yang bertajuk Grey's Anatomy dan Misa Oka tewas kepada Jeremy Irons, pelakon yang memainkan watak Robert Dudley dalam 1st Earl of Leichester dalam siri Elizabeth I.

Heroes memenangi anugerah Drama TV Terbaru Kegemaran dalam People;s Choice Awards 2007. Pada January 9 pula, National Association for the Advancement of Colored People mencalonkan Heroes untuk kategori Drama Siri Terbaik namun siri ini kalah sekali lagi kepada Grey's Anatomy.

Para barisan pelakon Heroes telah dinamakan dalam Time Magazine's Person of The Year tahun 2006 dibawah isu "Individu Yang Penting".

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]