TV2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TV2
TV2 RTM.png
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan Barat, Kalimantan Utara dan Kepulauan Riau)
SloganSaluran Dunia Anda
(7 Mei 1979-26 Disember 1987)
Saluran Emas
(27 Disember 1987-31 Julai 2004)
Saluran Famili Anda
(1 Ogos 2004-31 Disember 2008)
Dunia Ria
(sejak 1 Januari 2009)
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Cina (Mandarin dan Kantonis)
India (Tamil dan Hindi)
Korea
Turki
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
Pemilik
Saluran kembarTV1
TV Okey
Berita RTM
Sukan RTM
TV6
Sejarah
DilancarkanMalaysia 17 November 1969; 53 tahun yang lalu (1969-11-17) sebagai Rangkaian Kedua
Malaysia 1 April 2019; 3 tahun yang lalu (2019-04-01) (myFreeview) (HD)
Malaysia 1 April 2021; 23 bulan yang lalu (2021-04-01) (Astro dan NJOI) (HD)
DitutupMalaysia 31 Mac 2019; 3 tahun yang lalu (2019-03-31) (myFreeview) (SD)
Malaysia 31 Mac 2021; 23 bulan yang lalu (2021-03-31) (Astro dan NJOI) (SD)
Brunei 31 Mac 2022; 11 bulan yang lalu (2022-03-31) (Kristal-Astro) (HD)
Nama dahuluRangkaian Kedua (17 November 1969-6 Mei 1979)
RTM2 (7 Mei 1979-2 Februari 1990 dan 1 April 2006-31 Disember 2008)
Pautan
Laman webtv2.rtm.gov.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 102 (HD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 102 (HD)
Malaysia NJOISaluran 102 (HD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 102 (SD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi
Malaysia myFreeviewMYTV Mana Mana
Malaysia RTMKlikTonton secara langsung

TV2 (dahulu dikenali sebagai Rangkaian Kedua dan RTM2) ialah saluran televisyen terestrial di Malaysia. Saluran itu secara rasminya memulakan siaran pada 17 November 1969.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Two.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

TV2 memulakan siarannya sebagai Rangkaian Kedua pada 17 November 1969 jam 9:00 malam dengan bersiaran 1 jam dan 47 minit sehari bermula dari jam 9:00 malam sehingga 10:47 malam apabila Televisyen Malaysia (kini dikenali sebagai TV1) bercabang menjadi dua saluran dan bergabung dengan Radio Malaysia untuk menjadi jabatan penyiaran masa kini. TV1 dikenali sebagai Rangkaian Pertama dan menawarkan program berita dan hiburan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin.

TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 7 Mei 1979 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.

Pada 3 Januari 2006, TV2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

TV Pendidikan (kini DidikTV KPM) juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di TV2 dari 1 April 1994 hingga 31 Disember 1999.

Pada 1 April 2019, TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan myFreeview DTT di Saluran 102 (HD).

TV2 kini bersiaran 24 jam setiap hari sepenuhnya sejak 3 Januari 2006.

TV1, TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

TV2 (saluran 102) semua program ada dengan serikata bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

TV2 kini bersiaran di myFreeview saluran 102 dalam format HD (definisi tinggi).

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Berita[sunting | sunting sumber]

  • Updates@Noon (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen) (Tayangan serentak di Berita RTM).
  • Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal) (Tayangan serentak di Berita RTM).

Sukan[sunting | sunting sumber]

Slot rancangan[sunting | sunting sumber]

Hiburan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]