Plastik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Botol-botol plastik yang berbagai bentuk

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada penyejatan organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik.

Nama ini berakar daripada perkataan Bahasa Yunani πλαστός (plastos) "dilentur" yang diolah menjadi πλαστικός (plastikos) iaitu "mudah dilentur atau dbentuk", ia merujuk kepada sifatnya yang mudah dilentur menjadi pelbagai bentuk yang dapat digunakan seperti filem, botol, bekas dan sebagainya.

Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.

Plastik juga merujuk kepada setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan (lihat mulur).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Plastik buatan manusia yang pertama ialah Parkesine atau nitrosellulosa yang dipatenkan rumusannya oleh saintis Inggeris Alexander Parkes di Birmingham, United Kingdom pada tahun 1856.[1] Parkesine dihasilkan dengan merawat selulosa dengan asid nitrik yang berfungsi sebagai pelarut.. Hasil rawatan tersebut (selulosa nitrat atau pyroxilin) pula dilarutkan dalam alkohol dan dikeraskan menjadi suatu bahan yang lutsinar dan elastik yang boleh dilenturkan apabila ia dikenakan haba.[2]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan plastik dihasilkan daripada polimer organik yakni rerantai yang terdiri daripada zarah-zarah karbon; zarah-zarah karbon ini boleh saja bergabung dengan sendirinya mahupun dengan bahan-bahan lain seperti oksigen, nitrogen atau sulfur. Rantai-rantai asas karbon ini juga distilahkan sebagai "tulang-tulang belakang". Plastik-plastik yang berbagai jenis dibezakan sifatnya melalui kumpulan-kumpulan molekul yang melekat pada "tulang-tulang" belakang ini. Binaan kumpulan-kumpulan tersebut mempengaruhi sifat polimer.

Plastik-plastik banyak mengandungi sebatian organik atau yang tidak organik, ketepuan sebatian-sebatian ini berbeza-beza dari tiada langsung hingga ke lebih 50% bergantung kepada kegunaan plastik (plastik-plastik yang bebas sebatian digunakan untuk pembalutan makanan, misalnya).

Plastik-plastik yang biasa digunakan[sunting | sunting sumber]

Impak kepada persekitaran[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan jenis plastik tahan lama serta mengurai dengan perlahannnya kerana ikatan kimia yang begitu kuat dan mampu mengatasi sebarang proses penguraian semula jadi. Sebanyak satu bilion tan plastik telah dibuang sejak tahun 1950-an, di mana sebagagian daripada bahan buangan ini akan dapat bertahan selama berabad-abad sepertimana kepingan ambar dapat wujud dari kurun-kurun yang terdahulu.[3] Ada juga pihak yang menganggarkan penghasilan terkumpul sebanyak 8.3 bilion tan plastik di mana 6.3 bilion tan daripada hasil tersebut dibuang dengan kadar kitar semula sebanyak 9% sahaja.[4]

Perubahan iklim[sunting | sunting sumber]

Kesan pembuatan plastik kepada pemanasan global agak bercampur disebabkan bahan mentahnya daripada petroleum. Pembakarannya meningkatkan pelepasan karbon manakala penimbusannya pula dapat berfungsi sebagai singki karbon (carbon sink).[5] although biodegradable plastics have caused methane emissions. [6] Sifat ia yang ringan berbanding kaca atau besi barangkali boleh mengurangkan pengunaan tenaga - misalna, pembungkusan minuman dalam plastik PET berbanding gelas atau besu dianggarkan menjimatkan sebanyak 52% tenaga pengangkutan.[7]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Penghasilan plastik daripada minyak mentah memerlukan 62 hingga 108 MJ/Kg tenaga (taking into account the average efficiency of US utility stations of 35%). Penghasilan silikon dan semikonduktor untuk peralatan elektronik lebih bannyak menggunakan tenaga di mana masing-masing memerlukan 230 to 235 MJ/Kg dan sekitar 3,000 MJ/Kg tenaga.[8] Jumlah ini lebih tinggi daripada tenaga yang digunakan untuk menghasilkan bahan mentah yang lain seperti besi (daripada bijih besi, memerlukan 20-25 MJ/Kg tenaga), kaca (daripada pasir, 18-35 MJ/Kg), keluli (daripada besi, 20-50 MJ/Kg) dan kertas (daripada balak, 25-50 MJ/Kg).[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ UK Patent office (1857). Patents for inventions. UK Patent office. m/s. 255. 
  2. ^ "Dictionary – Definition of celluloid". Websters-online-dictionary.org. Dicapai pada 2011-10-26. 
  3. ^ Weisman, Alan (2007). The world without us. New York: Thomas Dunne Books/St. Martin's Press. ISBN 1443400084. 
  4. ^ Geyer, Roland; et al. (19 Julai 2017). "Production, use, and fate of all plastics ever made". Science Advances. 3 (7). doi:10.1126/sciadv.1700782. Dicapai pada 16 Oktober 2017. 
  5. ^ EPA. (2012). Landfilling.
  6. ^ Levis, James W.; Barlaz, Morton A. (Julai 2011). "Is Biodegradability a Desirable Attribute for Discarded Solid Waste? Perspectives from a National Landfill Greenhouse Gas Inventory Model". Environmental Science & Technology. 45 (13): 5470–5476. Bibcode:2011EnST...45.5470L. doi:10.1021/es200721s. 
  7. ^ Andrady AL, Neal MA (Julai 2009). "Applications and societal benefits of plastics". Philos. Trans. R. Soc. Lond. B Biol. Sci. 364 (1526): 1977–84. PMC 2873019Boleh diakses secara bebas. PMID 19528050. doi:10.1098/rstb.2008.0304. 
  8. ^ "The monster footprint of digital technology". Low-Tech Magazine. Dicapai pada 18 April 2017. 
  9. ^ "How much energy does it take (on average) to produce 1 kilogram of the following materials?". Low-Tech Magazine. 26 Disember 2014. Dicapai pada 18 April 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]