Hidroterapi Ais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hidroterapi Ais (Hydro-Ice Therapy) merujuk kepada suatu proses rawatan yang ringkas, di mana seorang pesakit direndam dalam sebuah takungan berisi air yang dicampurkan dengan beberapa bahan asas semula jadi seperti garam, bunga, kapur, belerang dan limau serta sedikit ais. Sebenarnya setiap bahan yang digunakan mempunyai kekuatan dan keistimewaan semula jadi yang tidak mampu dicipta mahupun diubah suai oleh manusia. Kekuatan penggunaan bahan asas ini sebagai medium didapati amat berkesan untuk rangsangan tindak balas dengan pengaruh alam sekeliling. Menggunakan bahan semula jadi sebagai medium asas hanya memberi kesan atau reaksi kepada unsur tenaga dalaman yang tidak seimbang sahaja.

Oleh yang demikian, Hidroterapi Ais tidak mendatangkan risiko, mengganggu atau memberi kesan sampingan akibat tindak balas kepada bahagian tubuh yang sihat. Ini bermakna bahagian yang sihat menjadi immune kepada getaran yang tidak diperlukan namun ia memberi kesan yang amat ketara kepada bahagian tubuh yang mengalami gangguan ketidak seimbangan tenaga. Sebenarnya banyak bangsa di banyak negara yang menjadikan konsep hidroterapi ini sebagai amalan sejak turun temurun dalam mencari keharmonian tenaga dalaman tubuh. Banyak juga kajian dan penemuan telah diterbitkan berkaitan dengan kaedah hidroterapi bersama floral atau di negara kita lebih dikenali sebagai proses mandi bunga.

Persatuan[sunting | sunting sumber]


Persatuan Pengamal Hidroterapi Ais Malaysia (PAHAM) ditubuhkan pada 8 Februari 2011