Hikayat Tamin ad-Dari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hikayat Tamin ad-Dari merupakan sebuah hikayat lama Melayu yang berkaitan dengan kisah pada zaman agama Islam sedang mulai berkembang.

Hikayat Tamin ad-Dari meriwayatkan kisah Tamin di­larikan oleh Jin 'Afrid Majusi ketanah Jin Kafir, kemudian ia telah membantu jin-jin Islam yang datang melanggar tanah Jin Kafir itu. Raja Jin memerintahkan Jin Shahir menerbangkan Tamin balik ke Madinah tetapi Jin Shahir telah terbakar lalu Tamin jatuh kedalam laut.

Kemudian diceritakan pula peri Tamin bertemu dengan Iblis, masuk kedalam gua Nabi Sulaiman dan kemudian berjumpa Dajal. Sesudah itu di-ceritakan pula peri Tamin menumpang di dalam sebuah kapal kepunyaan Raja Hindi tetapi kapal itu karam kerana raja itu tiada membayar zakat.

Di ceritakan juga peri Tamin bertemu dengan Nabi Ishak dan lepas itu dengan Nabi Alias dan akhirnya dengan Nabi Khidhir. Menurut ceritanya Tamin telah ghaib selama tujuh tahun empat bulan dan sepuluh hari, hingga isterinya sendiri tiada mengenali dia kerana ia tiada pernah bercukur dan kuku-­kukunya panjang belaka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]