Hisham III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hisham III (Bahasa Arab: هشام الثالث in full المعتد بالله” هشام بن محمد‎) merupakan khalifah dinasti Umayyah terakhir yang memerintah Al-Andalus di Semenanjung Iberia (1026–1031), dan orang terakhir yang memegang gelaran Khalifah Córdoba. Hisham III merupakan abang kepada Abd ar-Rahman IV telah dipilih sebagai khalifah selepas rundingan panjang antara gabenor wilayah sempadan dengan rakyat Córdoba. Beliau tidak dapat memasuki Córdoba sehingga tahun 1029 di sebabkan kota ini diduduki oleh tentera Barbar dari Hammudid.

Meskipun beliau cuba untuk mengukuhkan sistem khilafah, kenaikan cukai telah menyebabkan tentangan daripada para ulama Muslim. Selepas pembunuhan Visir al-Hakam beliau oleh konspirasi di Cordoba, Hisham kemudian telah dipenjarakan. Beliau berjaya melarikan diri, tetapi kemudian meninggal dunia di dalam buangan pada tahun 1036 di Lleida.

Selepas kejatuhan sistem khilafah ekoran penggulingan Hisham III pada tahun 1031, wilayah-wilayahyang dulunya milik khilafah Umayyah mula menyusut kurang daripada 100 tahun selepas penubuhan khilafah Umayyah di Cordoba. Wilayah-wilayah yang lemah dari segi ketentteran tetapi mempunyai kebudayaan yang maju ini kemudian ditadbir oleh sistem taifa.


Hisham III
Cabang kadet bagi Bani Quraish
Tarikh kemangkatan: 1036
Didahului oleh
Muhammad III
Khalifah Córdoba
1026–1031
Gelaran
dimansukan
Gelaran dakwaan
Gelaran Baru Pemimpin Umayyah
1031–1036
Pemegang gelaran
dibuang negara

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.