Honour Chevron for the Old Guard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Honour Chevron for the Old Guard atau Lambang Kehormat untuk Pejuang Lama (Bahasa Jerman: Ehrenwinkel der Alten Kämpfer), adalah sejenis anugerah Parti Nazi yang dipakai oleh anggota SS. Lambang chevron perak, yang dipakai di lengan atas pada tangan kanan, telah diluluskan oleh Adolf Hitler pada Februari 1934. Semua anggota SS, yang telah menyertai Allgemeine SS, NSDAP atau mana-mana organisasi parti lain sebelum 30 Januari 1933 berhak memakai insignia tersebut.[1]

Selepas Anschluss di Austria, Parti Nazi meluluskan anugerah tersebut untuk dipakai oleh semua rakyat Austria yang telah menyertai Parti Buruh Sosialis Nasional (DNSAP) Austria sebelum 18 Februari 1938. Kelayakan kemudian diperluaskan kepada mana-mana kakitangan SS yang merupakan bekas anggota perkhidmatan keselamatan Nazi, Ordnungspolizei (polis tetap) dan Wehrmacht, jika mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.[1]

Mereka yang memakai chevron tersebut dipanggil Winkelträger (Bahasa Inggeris: pendakap) dalam bahasa Jerman. Ini merujuk kepada bentuk chevron dan juga Winkelträger yang menyokong rejim, sama seperti pendakap para-para atau rak buku.[2]

Penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota

  1. ^ a b Hannon, Paul and Robin Lumsden (1993). The Allgemeine-SS. Osprey Publishing. m/s. 22. ISBN 1-85532-358-3. 
  2. ^ Angolia, John (1983). Cloth Insignia of the SS. R. James Bender Publishing. m/s. 127. ISBN 0-912138-28-9.