Hospital Dr. Cipto Mangunkusumo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Hospital Dr. Cipto Mangunkusumo (bahasa Indonesia: Rumah Sakit Dr. Cipto Mangunkusumo, biasanya disingkatkan dengan sebutan RSCM) adalah sebuah hospital milik kerajaan Indonesia yang terletak di Jakarta Pusat, Indonesia. Selain menjadi hospital pemerintah RSCM juga berfungsi sebagai hospital pendidikan, salah satunya juga bertindak sebagai Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia.

Nama rumah sakit (hospital) ini diambil dari nama Dr. Tjipto Mangoenkoesoemo, seorang tokoh perjuangan Indonesia pada masa pemerintahan kolonial.

Di RSCM ribuan doktor dan tenaga kerja perubatan bersama-sama melayani ribuan pesakit dari seluruh Indonesia. RSCM merupakan pusat rujukan nasional hospital kerajaan dan merupakan tempat pendidikan doktor umum, doktor pakar I dan subpakar, jururawat serta tenaga kesihatan yang lain.

Pada tahun 2009, setelah membangunkan pusat rawatan baru iaitu Gedung A (Sayap Awam), RSCM juga turut membangunkan Gedung Rawatan Antarabangsa (Sayap Antarabangsa).

Pelayanan[sunting | sunting sumber]

  1. Pelayanan Pakar Klinik:
  2. Pelayanan Rawat Inap:
    • Kelas III
    • Kelas II
    • Kelas I
    • Kelas Utama
    • VIP
    • ICU
    • ICCU
    • NICU
    • PICU
    • Khusus Stroke dan Cerebrospinal
    • IGD
  3. Pelayanan Penunjang

Tenaga Perubatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]