Hu Ge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi the director of online videos, lihat Hu Ge (director).
Hu Ge
胡歌.jpg
Nama Cina胡歌
PinyinHú Gē (Mandarin)
JyutpingWu4 Go1 (Kantonis)
Nama lahirHu Ke (untuk sebulan sahaja)
EtnikBangsa Han
KeturunanWuxi, Jiangsu, China
Lahir (1982-09-20) 20 September 1982 (umur 37)
Shanghai, China
Nama lainHugh
PekerjaanPelakon, penyanyi
Jenis muzikMandopop
Syarikat rakamanTangren Media
Tahun aktif2003 – kini
Artis berkaitanLiu Shishi
Laman web rasmihttp://blog.sina.com.cn/m/hu_ge
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Hu.

Hu Ge (dilahirkan pada 20 September 1982 di Shanghai, China) ialah seorang pelakon dan penyanyi China. Ketika dia sedang belajar Shanghai Theater Academy, dia dijemput untuk melakonkan watak utama Li Xiaoyao dalam siri TV 2004 Chinese Paladin, dan masih dikenali dengan watak klasiknya itu. Pada September 2012, dia dicalonkan untuk Pendatang Baru di Hundred Flowers Awards ke-31 bagi wataknya sebagai Lin Juemin dalam filem sejarah China 1911.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dia adalah anak tunggal yang dilahirkan dan dibesarkan di Shanghai. Semasa di sekolah tadika, dia merupakan salah seorang daripada 60 orang kanak-kanak yang dipilih daripada 30,000 orang kanak-kanak untuk memasuki Little Stars Performing Arts School (Xiao Yingxing Yishu Tuan) milik SMG dan berhenti di Tahun 6. Kariernya bermula sebagai pengacara berusia 14 tahun di Shanghai Educational Television (Shanghai Jiao Yu Dianshitai),[1] dan mengacarakan rancangan Sunny Youth (Yangguang Shaonian) selama tiga tahun. '

Dia menduduki peperiksaan "seni pengarahan" di Central Academy of Drama dan mencapai skor yang cemerlang, menjadikannya pelajar teratas seluruh negara. Bagaimana pun, atas keinginan ibu bapanya, dia juga menduduki peperiksaan bagi "seni persembahan", muncul sebagai tempat ketiga secara keseluruhan dan akhirnya memilih untuk menyempurnakan pendidikan tingginya di sana lalu menamatkan pengajian pada Julai 2005.[2] Ketika berada di akademi itu, dia berkenalan dan berkawan dengan rakan sekelas Justin Yuan dan Cecilia Han, yang nantinya bergandingan dengannya dalam banyak projek TV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "胡歌剃光头戴牙套卖萌 盼两年后触电金鹰奖". Dicapai 17 March 2013. 
  2. ^ "At Forty, I Stand!". Dicapai 5 December 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]