Hubungan Brunei–Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Brunei–Jerman
Peta menunjukkan lokasi Brunei dengan Germany

Brunei

Jerman

Brunei dan Jerman menubuhkan hubungan diplomatik pada tahun 1984. Brunei mempunyai kedutaan di Berlin, dan Jerman mempunyai kedutaan di Bandar Seri Begawan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hubungan kedua-dua negara telah terjalin sejak 1 Mei 1984.[1][2] Pada 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan peribadi pertama ke Jerman, dan pada 1998 pula, melakukan lawatan negara, manakala lawatan rasmi dibuat pada 2002 dan 2011.[2] Di sebelah Jerman, Canselor Helmut Kohl mengadakan lawatan rasmi ke Brunei pada 1997.[2]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Brunei memandang Jerman sebagai rakan ekonomi penting dengan perdagangan dua hala meningkat pada 2011 kepada kira-kira 346 juta.[3] Eksport Jerman ke Brunei terutamanya dalam kereta, jentera, bahan kimia dan peralatan berat.[2] Ada juga pengesahan perjanjian mengenai galakan dan perlindungan timbal balik pelaburan antara kedua-dua negara.[4]

Hubungan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga program pertukaran pelajar antara Brunei dan Jerman yang telah dimulakan pada tahun 2008 apabila sekumpulan pelajar Brunei pergi ke universiti Jerman untuk melanjutkan pelajaran.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Brunei-Germany Relations". Ministry of Foreign Affairs and Trade (Brunei). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  2. ^ a b c d "Germany and Brunei Darussalam (Bilateral relations)". German Embassy in Bandar Seri Begawan. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  3. ^ "Brunei Darussalam". Federal Foreign Office (Germany). December 2013. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  4. ^ "Brunei-Germany ties lauded". VIP News. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  5. ^ "Ties between Brunei, Germany further strengthen". Xinhua News Agency. English People's Daily Online. 27 September 2009. Dicapai pada 14 Februari 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]