Hassanal Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wad'daulah
Sultan dan Yang di-pertuan Negara Brunei Darussalam

Penyandang
Tempoh jawatan 
4 Oktober 1967 - kini
Timbalan Timbalan Sultan Al-Muhtadee Billah
Didahului oleh Sultan Omar 'Ali Saifuddien III

Penyandang
Tempoh jawatan 
1 Januari 1984 - kini
Raja/Ratu baginda sendiri
Timbalan Menteri Kanan Al-Muhtadee Billah
Didahului oleh permulaan jawatan

Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Bersenjata Di-Raja Brunei
Penyandang
Tempoh jawatan 
7 September 1986 - kini
Raja/Ratu baginda sendiri
Didahului oleh Sultan Omar 'Ali Saifuddien III

Menteri Kewangan
Penyandang
Tempoh jawatan 
1 Januari 1984 - kini
Raja/Ratu baginda sendiri
Didahului oleh permulaan jawatan

Menteri Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan
Penyandang
Tempoh jawatan 
22 Oktober 2015 - kini
Raja/Ratu baginda sendiri
Didahului oleh Putera Mohamed Bolkiah

Penyandang
Tempoh jawatan 
1984 - kini
Raja/Ratu baginda sendiri
Didahului oleh permulaan jawatan

Penyandang
Tempoh jawatan 
2007 - kini
Raja/Ratu baginda sendiri
Didahului oleh permulaan jawatan

Lahir 15 Julai 1946 (69 tahun)
Istana Darussalam, Brunei Town, Brunei
Pasangan KDYMM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Saleha (1965–kini)
Hajah Mariam (1982–2003)
Azrinaz Mazhar Hakim (2005–2010)
Anak Rashidah
Muta-Wakillah
Al-Muhtadee Billah (Pengiran Muda Mahkota)
Majeedah
Hafeezah
Abdul Malik
Abdul Azim
Azemah
Fadzillah
Abdul Mateen
Abdul Wakeel
Ameerah
Alma mater Royal Military Academy, Sandshurst, United Kingdom
Agama Islam
Tandatangan

Hassanal Bolkiah, GCB GCMG, (nama penuh KDYMMPSB Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien; lahir 15 Julai 1946) merupakan Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri pertama negara tersebut. Baginda juga adalah anakanda sulung kepada Sultan sebelumnya iaitu Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien III. Selain menjadi seorang Sultan dan Perdana Menteri Brunei, baginda juga menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan Brunei dan Menteri Kewangan Brunei.

Baginda adalah salah seorang dari orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$20 bilion.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hassanal Bolkiah dimasyhurkan sebagai Pengiran Muda Mahkota Brunei pada 1961 dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei pada 5 Oktober 1967 sehari selepas ayahandanya baginda, Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, turun daripada takhta secara sukarela.

Permaisuri baginda ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kedua-dua kerabat ini dikurniakan sebanyak enam orang putera puteri. Salah seorang dari putera baginda adalah pewaris takhta kerajaan, iaitu DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah. Pengiran Muda Mahkota bertemu jodoh dengan DYTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan berkahwin pada 2003, yang kemudiannya dikurniakan cahaya mata, YTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim (2007), YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah (2011) dan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman (2015).

Selain itu baginda jua memperoleh empat orang lagi putera puteri dari hasil perkahwinan baginda dengan Hajah Mariam yang diceraikan kerana nusyuz pada 2003.

Baginda kemudian menikahi Azrinaz Mazhar Hakim dari Malaysia dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Azrinaz diceraikan pada 2010 kerana nusyuz dan semua gelarannya dilucutkan.

Baru dua dari putera dan dua orang puteri baginda yang sudah berkahwin dan kesemuanya dirayakan secara besar-besaran dan penuh kemeriahan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Baginda menerima pendidikan awal secara persendirian di Istana Darul Hana di Brunei Town (sekarang Bandar Seri Begawan) dan menuntut di institusi tertinggi di Brunei dan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia).

Baginda pernah bersekolah di Victoria Institution di Kuala Lumpur dan melanjutkan pembelajaran di Akademi Tentera Di-Raja Sandhurst United Kingdom sebagai pegawai kadet dan ditauliahkan pangkat Kapten pada 1967. Baginda meninggalkan Sandhurst pada tahun yang sama untuk menaiki takhta.

Menaiki takhta[sunting | sunting sumber]

Hassanal Bolkiah menjadi Sultan Brunei pada 4 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda iaitu Sultan Omar Ali Saiffuddien turun takhta.

Baginda telah dinobatkan sebagai Yang Di-Pertuan Negara Brunei pada 1 Ogos 1968. Seperti Sultan sebelumnya, Baginda telah dinobatkan menjadi Kesatria Kerajaan Britain oleh Ratu United Kingdom iaitu Elizabeth II. Ini kerana Brunei mempunyai status di bawah perlindungan Britain sejak 1888/1906.

Peranan politik sebagai Sultan[sunting | sunting sumber]

Sultan Hassanal Bolkiah bersama Presiden Republik Rakyat China, Hu Jintao.

Di bawah perlembagaan Brunei 1959, Sultan Brunei adalah ketua negara dengan kuasa mutlak, pemegang eksekutif, termasuk juga dalam kuasa-kuasa darurat (State of Emergency) sejak 1962.

Pada 9 Mac 2006, baginda telah meminda perlembagaan Brunei untuk menjadikan dirinya maksum bawah undang-undang sivil Brunei tetapi bukan undang-undang syariah.

Hassanal Bolkiah adalah Perdana Menteri Brunei dan ketua kerajaan. Selain itu, baginda memegang ketiga-tiga kabinet menteri iaitu Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan. Sebagai Menteri Pertahanan baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, serta Jeneral Kehormat British dan Angkatan Tentera Indonesia. Baginda juga menjawat jawatan Laksamana Kehormat Armada dalam Tentera Laut Diraja. Baginda juga sebagai Ketua Polis Negara (KPN) di Pasukan Polis Diraja Brunei.

Hassanal Bolkiah menangani Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) dalam kemasukan Brunei Darussalam sebagai salah satu ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 1984.

Pada tahun 1991, baginda telah memperkenalkan ideologi konservatif ke Brunei yang dikenali sebagai Melayu Islam Beraja (MIB), yang membentangkan monarki sebagai pembela agama. Baginda juga berminat dalam mendemokrasikan Brunei dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Presiden.

Pada 2004, Majlis Mesyuarat Negara, yang telah dibubarkan sejak tahun 1962, telah dibuka semula.

Pada 21 Oktober 2015, dalam perlantikan menteri-menteri kabinet baru, baginda telah bertitah dan menyeru bahawa suara rakyat Brunei hendaklah di dengar dalam apa jua cara demi memajukan negera.

Kerabat Sultan[sunting | sunting sumber]

Nama Tarikh Lahir Perkahwinan
Putera-Puteri
Putera dan Puteri dari Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah 26 Julai 1969 Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji ‘Abdu’l Rahim bin Al Marhum Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Dr. Kemaluddin Al-Haj Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah
Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah
Pengiran Anak 'Abdul Raqiib
Pengiran Anak 'Abdul Haseeb
Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah
Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah 12 Oktober 1971
Haji Al-Muhtadee Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah 17 Februari 1974 Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab-Rahaman Pengiran Muda Abdul Muntaqim
(b. 17 Mac 2007)
Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah
(b. 2 Januari 2011)
Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah 16 Mac 1976 Y.A.M. Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari Pengiran Anak 'Abdul Hafeez
(b. 18 Mac 2008)
Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah
(b. 6 Januari 2010)
Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah 12 Mac 1980 Y.A.M. Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohammad Yakub Pengiran Anak Muhammad Za'eem
(b. 3 Ogos 2013)
Pengiran Muda Abdul Malik 30 Jun 1983 Y.A.M Pengiran Anak Isteri Pengiran Rabiatul Adawiyah Binti Pengiran Haji Bolkiah Pengiran Anak Muhee'ah Raayatul Bolqiah
(b. 2 Mac 2016)
Putera dan Puteri dari (Bekas Pengiran Isteri) Hajah Mariam (1982-2003) bercerai nusyuz
Pengiran Muda Haji Abdul Azim 29 Julai 1982
Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah 26 September 1984
Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah 23 Ogos 1985
Pengiran Muda Abdul Mateen 10 Ogos 1991
Putera dan Puteri dari (Bekas Pengiran Isteri) Azrinaz Mazhar Hakim (2005-2010) bercerai nusyuz
Pengiran Muda Abdul Wakeel 1 June 2006
Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 28 Januari 2008

Kediaman Sultan dan Kerabat Diraja[sunting | sunting sumber]

Kediaman rasmi Sultan adalah Istana Nurul Iman, dengan 1,788 bilik, 257 bilik mandi, dan keluasan lantai 2,152,782 kaki persegi.

Istana juga menempatkan beberapa pejabat kerajaan, termasuk Pejabat Sultan dan Yang Di-Pertuan, Pejabat Grand Chamberlain, dan juga pejabat-pejabat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebahagian daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan juga terletak di istana. Putera Mahkota, yang juga Menteri Kanan, bekerja dari pejabat di Istana. Pengurusan Hyatt Hotel dan HM Flight juga terletak di Istana Nurul Iman.

Titah Sultan[sunting | sunting sumber]

Beberapa petikan titah Sultan Hassanal Bolkiah:

SUNGGUH hairan, orang masih saja boleh ketawa, walaupun ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak sembahyang subuh, padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu bahawa dua rakaat sembahyang sunat subuh sahaja pun, nilainya mengatasi harga dunia ini dengan segala isi di dalamnya.

- Titah mengenai Kepentingan Ibadah pada 31 Julai 2013

ALLAH mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.

- Titah Sempena Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru pada 9 Muharam 1437/22 Oktober 2015.


PENDIDIKAN generasi muda di rumah dan di sekolah juga jangan diabaikan. Kerana pendidikan itu, terutama pendidikan ugama, adalah tonggak untuk memperolehi kekuatan.

- Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436/22 Februari 2015.

KITA usah lupa, bahawa semua ibadat adalah dituntut, terpulang kepada kita sama ada hendak memenuhi tuntutan itu ataupun tidak. Jika kita mahu memenuhinya, bererti kitalah hamba yang patuh, sementara jika tidak, maka kitalah hamba yang bernama pembantah.

- Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436/2015.

TIDAK syak lagi, doa adalah 'survival' kita, 'survival' negara. Makanya tradisi mengisi Tahun Baru Hijrah dengan doa ini adalah wajar diteruskan dan malah dikekalkan.

- Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437 pada 1 Muharam 1437/13 Oktober 2015.

Gelaran kehormat[sunting | sunting sumber]

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

کبواه دولي يڠ مها موليا ڤادوکا سري بڬيندا سلطان حاج حسن البلقية[1]


Pangkat Kehormatan[sunting | sunting sumber]

Dari Brunei;

Dari Malaysia[sunting | sunting sumber]

 Malaysia :

 Johor :

 Kelantan :

 Negeri Sembilan :

 Pahang :

 Perak :

 Perlis :

 Selangor :

 Terengganu :

 Sarawak : DUBS of Sarawak (9 March 1989)

Dari negara asing[sunting | sunting sumber]

Ijazah Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Hassanal Bolkiah telah dianugerahkan dengan beberapa ijazah kedoktoran diserata dunia.

Baginda juga dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Dalam Perundangan atau Honorary Doctorate of Law dari King's College London yang telah[7] diberikan oleh Lord Duoro, iaitu pengerusi dari Kesidangan King's College London (Chairman of the Council of King's College London).

Baginda juga dianugerahi dengan Honorary Doctorate in Philosophy and Humanities pada 21 April 2011 dari Universitas Indonesia, iatu salah satu universiti tertua di Asia yang berumur lebih dari 160 tahun.[8]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Hassanal Bolkiah
Tarikh lahir: 15 Julai 1946
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Omar Ali Saifuddien III
Sultan Brunei
1967–kini
Pemegang jawatan kini
Waris:
Al-Muhtadee Billah
Kerabat diraja Brunei
Didahului oleh
Ahmad Tajuddin
Putera Mahkota Brunei
1965–1968
Diikuti oleh:
Al-Muhtadee Billah
Rekod
Didahului oleh
Bill Gates
Orang Terkaya di Dunia (Forbes)
1997
Diikuti oleh:
Bill Gates
  1. "Prime Minister". Prime Minister's Office of Brunei. Diperoleh pada 24 April 2011. 
  2. Noblesse et Royautés (French), State visit of Netherlands in Brunei, Photo
  3. 3.0 3.1 3.2 Royal Ark, Brunei genealogy details - p.13
  4. "H. Bolkiah, Sultan of Brunei". Klosi News. 21 February 2010. Diperoleh pada 29 November 2010. 
  5. http://www.rtb.gov.bn/NewsUpdate/2003/April03/100403/main1.htm
  6. http://newshub.nus.edu.sg/pressrel/0501/050127.htm
  7. "Honorary doctorate for Sultan". The Brunei Times. 15 April 2011. Diperoleh pada 18 April 2011. 
  8. "Indonesia varsity to confer honorary doctorate on HM". The Brunei Times. 17 April 2011. Diperoleh pada 18 April 2011.