Hubungan Malaysia–Yaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Hubungan_Malaysia - Yaman merujuk kepada negara Yaman yang terletak di Semenanjung Arab dan negara Malaysia terletak di Asia Tenggara. Nama Yaman tercatat dalam al Quran. Yaman begitu indah ,masih belum banyak tercemar dengan pembangunan, peninggalan sejarah di Ardul Jannatain, iaitu kawasan yang diturunkan bala oleh Allah SWT akibat kebakhilan seorang pemilik kebun seperti yang dinyatakan dalam surah al-Qalam (17-33), serta keindahan kota lama Sana'a / Sana'a Qadeemah.

Republik Yaman terletak di barat daya Semenanjung Arab bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara, Laut Merah di barat, negara Oman di timur dan Laut Arab di selatan.Yaman adalah satu-satunya negara yang mengamalkan sistem demokrasi pelbagai parti di Semenanjung Arab.

Kerjasama politik[sunting | sunting sumber]

Yaman dan Malaysia menganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). OIC menjadi forum antarabangsa untuk membincangkan tentang perkembangan Timur Tengah khususnya nasib Palestin.

Kedatangan rombongan Presiden Ali Abdullah Saleh disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja'afar dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah. Beliau memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada 107 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai oleh Mejar Roomai Noor Mohamed. Presiden ali mengambil alih jawatan sejak 22 Mei 1990.[1]

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Februari 1998, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan ekonomi dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh. Yaman boleh menjadi pintu masuk Afrika terutama ke Somalia dan Ethiopia.

Tatacara rakyat Yaman[sunting | sunting sumber]

Pembangunan fizikal Yaman sangat jauh berbanding dengan Malaysia. Rakyat Malaysia di sana berhadapan dengan perbezaan adat, bahasa dan budaya masyarakat setempat. Sejarah menunjukkan penyebaran Islam di alam Melayu oleh para pendakwahnya. Kini, ramai pelajar Malaysia dihantar sekolah tahfiz di sana. Pelajar Yaman juga ada belajar di Malaysia.

Pertempuran bersenjata antara kabilah yang sering berlaku hanya disebabkan berebut tanah sehingga melibatkan kematian. Lelaki Yemen masih memakai jubah putih dengan jambiya (pedang kecil di pinggang) .Wanitanya berjubah hitam dan berniqab menampakkan sepasang mata.[2] Kaum wanitanya begitu sensitif dengan lensa kamera - silap langkah akan dipukul oleh ahli keluarga mereka.Kebiadapan pelajar Yaman yang sanggup mengherdik pensyarah jika tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan.

Namun masyarakat Yaman begitu istiqamah dalam menunaikan solat jemaah, segera ke masjid dan berhenti bertempur apabila azan berkumandang selain sikap ambil berat antara jiran.[3]


Pertempuran di Sana'a 2014[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 2014,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Wisma Putra /Kementerian Luar mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman.Naib Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim menyatakan pergolakan yang melibatkan pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan Yaman kini merebak ke Sana'a, ibu negara Yaman.Seramai 440 pelajar Malaysia telah ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan kedutaan di Sana'a demi keselamatan mereka. Pesawat tentera khas hendaklah disediakan untuk membawa keluar rakyat Malaysia .Perdana Menteri Yaman Mohamed Basindwa telah meletak jawatan di tengah-tengah kemelut yang melanda negara .[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]