Oman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kesulṭanan Oman
كسولطانن عُمان

سلطنة عُمان
Salṭanat ʿUmān
Flag of Oman
Lambang Oman
Bendera Lambang
Cogan katatiada
Lagu kebangsaanAn Nashid al Watani al Umani
Lokasi Oman
Ibu negara
dan bandar terbesar
Masqat
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanMonarki mutlak
• Sultan
Haitham bin Tariq
Kemerdekaan
• Portugis dihalau
1650
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Perkiraan 2019
5,011,7421
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$250.53 bilion
$49,988
HDI (2018) 0.834[1]
sangat tinggi
Mata wangRial Oman
(OMR)
Zon waktu
(UTC+4)
• Musim panas (DST)
UTC+4
Kod panggilan+968
Kod ISO 3166OM
DPT internet.om
1 Anggaran populasi termasuklah 577,293 bukan-warganegara.

Oman ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Arab atau Jazirah Arab di bahagian tenggara, Asia bahagian barat daya. Oman bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu yang terletak di sebelah barat laut, Arab Saudi di barat, dan Yaman di barat daya. Ibu negaranya adalah Masqat.

Sekitar 98.8% penduduk Oman adalah beragama Islam. Oman ialah sebuah negara kesulṭanan mutlak, dengan Sulṭan Oman terkini ialah Haitham bin Tariq yang menggantikan mamandanya Qaboos bin Said al Said yang mangkat pada 10 Januari 2020. Luas wilayah Oman adalah lebih kurang separuh keluasan Pulau Sumatera, Indonesia.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Geografi Oman terletak di kawasan tenggara Semenanjung Arab, iaitu di antara latitud 16° dengan 28° U, dan longitud 52° dengan 60° T. Keluasan Oman ialah lebih kurang 309,500 km2, menjadikan negara ini sebagai negara ke-70 terbesar dunia. Suhu purata Masqat dan utara Oman pada musim panas ialah 30 ke 40 °C, menjadikan Oman sebagai salah satu negara paling panas di dunia.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Oman memiliki sistem negara kesatuan dan dikuasai oleh sistem raja mutlak, yakni Sultan Oman.[3] Baginda mempunyai kuasa mutlak terhadap portfolio hubungan luar dan ketenteraan,[4] serta memiliki kuasa untuk mewartakan undang-undang melalui dekri.[5]

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta gabenorat-gabenorat Oman.

Sejak 28 Oktober 2011, Oman dibahagikan kepada sebelas buah gabenorat (muhafazah). Gabenorat tersebut dibahagikan lagi kepada wilayah.[6][7] Nama-nama gabenorat adalah seperti di bawah:

  • Ad-Dakhiliyah
  • Azh-Zhahirah
  • Al-Batinah Utara
  • Al-Batinah Selatan
  • Al-Buraimi
  • Al-Wusta
  • Asy-Syarqiyah Utara
  • Asy-Syarqiyah Selatan
  • Dhofar
  • Masqat
  • Musandam

Demografi[sunting | sunting sumber]

Setakat 2014, jumlah penduduk Oman ialah lebih empat juta orang, yakni 2.23 juta orang warganegara Oman dan 1.76 juta orang ekspatriat.[8] Kadar kesuburan masyarakat Oman ialah 3.7 setakat 2011.[9]

Agama[sunting | sunting sumber]

Hampir keseluruhan penduduk warganegara Oman ialah beragama Islam Ibadi.[10] Selain itu, golongan Muslim bermazhab Syiah Imam Dua Belas dan Syafii juga wujud. Rata-rata golongan bukan Islam di Oman ialah warga asing.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Arab ialah bahasa rasmi Oman. Bahasa-bahasa utama lain dalam masyarakat Oman termasuk bahasa Inggeris, Balochi dan Urdu. Bahasa Swahili juga ditutur atas faktor hubungan sejarah antara Oman dengan Zanzibar.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Human Development Report 2019". UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-12. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  2. ^ "Muscat (Seeb) Climate – Climate of Muscat (Seeb) Oman | World Climates". www.world-climates.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 11 Julai 2016.
  3. ^ "Q&A: Elections to Oman's Consultative Council". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2020.
  4. ^ "OMAN Majles A'Shura (Consultative Council)". Inter-Parliamentary Union.
  5. ^ "Waking up too". The Economist (dalam bahasa Inggeris). 23 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2017.
  6. ^ "Governorates of Sultanate Of Oman". Omanet.om (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2012.
  7. ^ "Seven new divisions created in Oman". Khaleej Times (dalam bahasa Inggeris). 28 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-09. Dicapai pada 2021-09-01.
  8. ^ Andy Sambidge. "Oman's population passes 4 million mark". Arabian Business. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2019.
  9. ^ "Major Economic & Social Indicators" (PDF). National Center for Statistics & Information. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Mei 2014.
  10. ^ Vallely, Paul (19 Februari 2014). "Schism between Sunni and Shia has been poisoning Islam for 1,400 years - and it's getting worse". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2020.
  11. ^ Kharusi, N. S. (2012). "The ethnic label Zinjibari: Politics and language choice implications among Swahili speakers in Oman". Ethnicities. 12 (3): 335–353. doi:10.1177/1468796811432681.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Lihat juga Daftar negara