Hunter S. Thompson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hunter S. Thompson
Thompson in 1989
Info kelahiranHunter Stockton Thompson
(1937-07-18)18 Julai 1937
Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
Kematian20 Februari 2005(2005-02-20) (umur 67)
Woody Creek, Colorado, A.S.
GenreGonzo journalism
Pergerakan sasteraNew Journalism
Pencapaian ketara
Pasangan
  • Sandra Conklin (k. 1963; c. 1980)
  • Anita Bejmuk (k. 2003)


Hunter Stockton Thompson (18 Julai 1937 – 20 Februari 2005) merupakan seorang wartawan dan penulis dari Amerika Syarikat. Beliau terlibat dengan banyak penerbitan sepanjang hidupnya seperti Rolling Stone, Esquire, The Boston Globe, Chicago Tribune, The New York Times, The San Francisco Examiner, Time, Vanity Fair dan Playboy.

Gaya penulisannya dikenali kerana dilihat cenderung kabur antara aspek yang benar dengan yang direka-reka atau difiksyenkan. Malah, beliau berperwatakan sangat eksentrik. Kedua-dua ciri inilah menjadikan beliau suatu ikutan dari segi pemengaruhan sastera dan lakonan.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Thompson lahir di Louisville, Kentucky. Beliau merupakan anak sulung kepada Virginia Ray Davison (1908—1998), seorang ketua pustakawati di Louisville Free Public Library dan Jack Robert Thompson (1893–1952), seorang pegawai insurans dan askar veteran yang pernah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.[1] Jack meninggal akibat penyakit miastenia gravis ketika Hunter berusia 14 tahun, ibunya lama-kelamaan menjadi seorang yang kaki botol kerana sengsara atas pemergian suaminya serta kuatnya dia bekerja untuk menampung hidup mereka anak-beranak.[2]

Kerjaya sebagai askar[sunting | sunting sumber]

Thompson menjalani latihan asas sebagai seorang askar dalam Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) di Pangkalan Tentera Udara Lackland di San Antonio, Texas sebelum berpindah ke Pangkalan Tentera Udara Scott di Belleville, Illinois untuk mempelajari bidang elektronik. Pada tahun 1956, beliau dipindahkan ke Pangkalan Tentera Udara Eglin berdekatan pantai Fort Walton Beach di Florida. Beliau menghadiri kelas petang di Florida State University,[3] malah, di bandar itu jugalah beliau turut mendapat pekerjaan penulisan pertamanya sebagai seorang wartawan sukan di akhbar The Command Courier; beliau tidak dapat menggunakan nama sendiri kerana larangan askar tentera memasuki pekerjaan lain.[2]

Kerjaya penulisan awal[sunting | sunting sumber]

Setelah Thompson selesai berkhidmat dalam USAF, beliau bekerja sebagai seorang editor sukan di Jersey Shore, Pennsylvania[4] sebelum beliau dipindahkan ke Bandar Raya New York. Beliau di nama mengaudit beberapa kursus di Columbia University School of General Studies. Pada ketika ini juga beliau bekerja sebagai seorang copy boy untuk majalah Time dengan gaji sebanyak $51 seminggu. Syarikat Time memecat beliau pada 1959 atas salah laku melanggar arahan majikan.[5] Belia bekerja sebagai wartawan akhbar The Middletown Daily Record beberapa lama kemudian, namun dia dipecat juga kerana merosakkan kemudahan mesin layan diri pejabat serta bergaduh dengan seorang pemilik restoran yang turut mengiklan dalam akhbar ini.[5]

Kemasyhuran[sunting | sunting sumber]

Semukaan dengan geng Hell's Angels

Pada tahun 1965, beliau diupah ketua redaksi majalah berita The Nation, Carey McWilliams, untuk menulis sebuah laporan mengenai sebuah geng motosikal bernama Hells Angels di California. Laporan tersebut terbit tanggal 17 Mei; Thompson sejak itu mendapat banyak tawaran menulis buku malah sering diundang geng tersebut sebagai tetamu - namun keadaan ini berubah setelah geng ini mula menganggap Thompson mempergunakan mereka sehingga menuntut sebahagian untung Thompson sebagai royalti. Perbalahan ini memuncak apabila dia bergaduh dengan beberapa anggota geng itu dalam suatu parti sehingga Thompson dipukul teruk. Perbalahan ini menjadi sangat dikenali. Berikutan kejadian tersebut, Random House membukukan laporannya dulu dengan tajuk Hell's Angels: The Strange and Terrible Saga of the Outlaw Motorcycle Gangs pada tahun 1966.

Rantauannya di Las Vegas

Pada 1970, Thompson diupah majalah Rolling Stone menyiasat dan melaporkan kematian seorang wartawan bernama Rubén Salazar yang dipercayai akibat terkena bekas gas pemedih mata oleh pihak Jabatan Sheriff County Los Angeles semasa Salazar meliputi perarakan menunjuk perasaan ke atas Perang Vietnam. Di sana beliau berjumpa salah satu pesumbernya Oscar Zeta Acosta, seorang peguam dan aktivis. Thompson dan Acosta risaukan keselamatan mereka, maka mereka sebulat suara pergi ke Las Vegas. Pengalamannya di kota itulah yang mencetuskan ilham kepada sebuah novel dikaryakannya Fear and Loathing in Las Vegas; novel tersebut menjadikan beliau sungguh masyhur sambil mendapat pujian kritis daripada akhbar New York Times.[6]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau membunuh diri setelah menembak kepalanya sendiri di pekarangan rumahnya di at Owl Farm, Woody Creek, Colorado pada jam 5:42 petang, 20 hari bulan Februari 2005.

Sebuah majlis pengebumian persendirian diadakan oleh saudara-mara dan beberapa kenalan pelakon dan ahli politik terdekat. Majlis ini didanaai Johnny Depp, sahabat baik Thompson, dengan nilai sebanyak USD3 juta.[7] Abu hasil pembakaran mayatnya ditembak daripada suatu meriam atas permintaan yang tertulis dalam wasiat beliau.[7]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reitwiesner, William Addams. "Ancestry of Hunter Thompson". Dicapai 3 Ogos 2012. 
  2. ^ a b Whitmer, Peter O. (1993). When The Going Gets Weird: The Twisted Life and Times of Hunter S. Thompson (edisi pertama). Hyperion. m/s. 23–27. ISBN 1-56282-856-8. 
  3. ^ "Thompson, Hunter S". American National Biography Online. Dicapai 3 Ogos 2012. 
  4. ^ Thompson, Hunter (2002). Songs of the Doomed (edisi cetakan smeula). Simon & Schuster. m/s. 29–32. ISBN 0-7432-4099-5. 
  5. ^ a b Thompson, Hunter (1998). Douglas Brinkley, penyunting. The Proud Highway: Saga of a Desperate Southern Gentleman (edisi pertama). Ballantine Books. m/s. 139. ISBN 0-345-37796-6. 
  6. ^ Woods, Crawford (23 Julai 1972). "'Fear and Loathing in Las Vegas'". The New York Times. Dicapai 3 Ogos 2012. 
  7. ^ a b "Hunter Thompson Blown Sky High". Billboard.com. Diarkibkan daripada asal pada 10 Jun 2011. Dicapai 30 Julai 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]