Hutan paya bakau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hutan paya bakau terletak di kawasan air di tepi laut. Hutan paya bakau menyumbang kepada ekonomi dengan sumber lautnya yang kaya serta kayu yang bermutu tinggi, menyelamatkan harta benda dan nyawa dengan menghalang proses hakisan pantai dan menapis bahan cemar dari laut dan sebaliknya. Namun, desakan pembangunan membuatkan kawasan ini menjadi rebutan untuk ditimbus kembali atau dijadikan kawasan akuakultur. Akibatnya, banyak kawasan hutan bakau musnah.

Hutan paya bakau di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Hutan paya bakau di Malaysia seluas 637,164 hektar di mana 70 peratus daripadanya (446,000 hektar) diwartakan sebagai Hutan Simpan Sementara dan 30 peratus adalah kawasan bakau negeri. Dalam tempoh 10 tahun dari 1980-1990, Malaysia kehilangan 12 peratus hutan paya bakaunya, daripada kira-kira 505,000 hektar kepada 446,000 hektar. Dalam tempoh itu juga, kejadian hakisan pantai dikesan berlaku agak serius.

Kabinet Malaysia pada tahun 1996 telah mengarahkan supaya kawasan paya bakau dalam jarak 400 ela dari pantai tidak diusik, dan ekoran arahan ini beberapa buah negeri telah memberhentikan kegiatan akuakultur atau pembangunan lain di kawasan bakau.

Tanah lembab berperanan membekalkan air untuk kegunaan manusia , sebagai penebat banjir (menyimpan air dan mengalirkannya dalam jumlah yang lebih sedikit) dan menggantikan simpanan air bawah tanah yang telah digunakan.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]