Hyde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HYDE.

Hyde merupakan penyanyi sebuah kumpulan rock Jepun, L'Arc~en~Ciel. Dia juga merupakan seorang penggubah, penulis lirik, dan penerbit lagu. Dia juga mampu bermain gitar, dram, saksofon dan harmonika. Dia juga menulis kebanyakan lirik lagu L'Arc~en~Ciel. Berasal dari Wakayama, Jepun, hyde lebih suka merahsiakan maklumat peribadinya daripada pengetahuan umum, termasuk nama sebenar dan tarikh lahir.

Bagaimanapun, peminat mempercayai nama sebenarnya ialah Hideto Takarai dan dilahirkan pada 29 Januari 1969. hyde merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Pada 25 Disember 2000, hyde berkahwin secara diam-diam dengan Megumi Oishi (model dan pengacara tv) dan berita ini hanya diumumkan beberapa minggu kemudian kepada pihak media. Pada 11 November 2003, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Dia ialah seorang yang buta warna (walaupun tidak keseluruhan). Pada asalnya dia mahu menjadi seorang pelukis namun terpaksa membatalkan niatnya disebabkan ini.

Di bawah kerjaya solo HYDE, dia menerbitkan tiga buah album Roentgen (2001), 666 (2003) dan Faith (2006).

Hyde juga pernah berlakon dalam dua buah filem, Moon Child pada tahun 2003 (juga dibintangi oleh dua penyanyi popular, Gackt dan Wang Lee Hom) dan Kagen No Tsuki tahun 2004 (inspirasi daripada manga yang diilhamkan oleh mangaka Ai Yazawa).