IPTV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

IPTV (Televisyen Protokol Internet, bahasa Inggeris: Internet Protocol Television) ialah sejenis sistem yang mana satu perkhidmatan televisyen digital disampaikan menggunakan Protokol Internet merentasi sebuah prasarana rangkaian yang boleh merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar. Definisi am bagi IPTV ialah kandungan televisyen yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yang digunakan untuk rangkaian komputer.

Untuk pengguna perumahan, IPTV sering disediakan bersempena video atas permintaan dan boleh diikat dengan perkhidmatan Internet yang lain seperti capaian Web dan VoIP. Pengikatan komersial IPTV, VoIP dan capaian Internet dalam satu pakej dipanggil perkhidmatan "Triple Play" (jika ditambah dengan kemudahan mudah alih menjadi "Quadruple Play"). IPTV biasanya dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan prasarana rangkaian tertutup. Pendekatan rangkaian tertutup ini bersaing dengan penyampaian kandungan TV melalui Internet awam, iaitu Televisyen Internet. Dalam perniagaan pula, IPTV boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan televisyen melalui LAN korporat.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, timbul bermacam-macam takrifan IPTV, seperti penstriman asas melalui rangkaian IP, strim pengangkutan melalui rangkaian over IP networks dan bermacam-macam sistem proprietari. Takrifan rasmi yang diluluskan oleh kumpulan berfokus IPTV di Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-T FG IPTV) adalah seperti berikut: "IPTV ditakrifkan sebagai perkhidmatan multimedia seperti televisyen/radio/audio/teks/grafik/data yang disampaikan melalui rangkaian berasaskan IP yang diuruskan untuk memberikan tahap mutu perkhidmatan dan pengalaman, keselamatan, keinteraktifan dan keutuhan yang dikehendaki." ("IPTV is defined as multimedia services such as television/video/audio/text/graphics/data delivered over IP based networks managed to provide the required level of quality of service and experience, security, interactivity and reliability.")


Protokol[sunting | sunting sumber]

IPTV meliputi siaran televisyen langsung (multicasting) serta video storan (Video atas Permintaan [Video on Demand], VOD). Rakaman IPTV memerlukan sama ada sebuah komputer peribadi atau set-top box yang disambung pada TV. kandungan video biasanya dimampatkan dengan menggunakan sama ada codec MPEG-2 atau MPEG-4 dan kemudiannya dihantar dalam strim pengangkutan MPEG yang disampaikan melalui IP Multicast bagi siaran langsung atau melalui IP Unicast bagi Video atas Permintaan. IP Multicast ialah satu kaedah yang mana maklumat boleh dihantar ke banyak komputer pada masa yang sama. Codec (MPEG-4) H.264 yang terkini makin laris digunakan dan menggantikan codec MPEG-2.

Kelebihan IPTV Android

Pada tahun 2017 IPTV mula beralih kepada 4K HEVAC dan kini popular di aplikasi IPTV android ataupun dalam playlist m3u . Semua saluran premium sukaramai dapat dinikmati secara percuma samada menggunakan STB ataupun telefon pintar android . Kekurangan server IPTV Linux menyebabkan ramai beralih dari STB Linux ke STB Android

pengeluar STB mampu milik Freesat , Openbox dan Skybox telah mula beralih dari Linux kepada Android.[1]

Kini ramai isirumah di Malaysia mula beralih daripada langganan TV Satelit berbayar kepada IPTV secara percuma dgn menggunakan STB android serta sambungan internet fiber optik 10Mbps keatas.

VLC media player adalah perisian opensource yang mudah untuk menonton rancangan tv yg terdapat didalam playerlist m3u. Selain dari VLC media player ada banyak aplikasi opensource yang digunakan oleh pengemar saluran percuma iptv. Selain itu terdapat juga APK khas untuk menonton iptv secara percuma yang perlu dimuat turun dan dimuatkan ke dalam aplikasi android

m3u list dan apk khas memiliki kelebihan masing-masing. Kelebihan m3u list ialah pengguna tidak memerlukan banyak aplikasi dimuatkan kedalam STB , cuma perlu sekadar VLC media player sahaja dan untuk memulakan pilihan saluran tv cuma sekadar salin dan tampal m3u list address di menu pilihan stream .