Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
International Telecommunication Union
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

Lambang ITU
Lambang ITU

Penubuhan 17 Mei 1865
Ibu pejabat Geneva, Switzerland
Keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bahasa rasmi Bahasa Perancis, Inggeris, Sepanyol, Rusia, Arab, Cina
Setiausaha Agung Hamadoun Touré
Laman sesawang http://www.itu.int/

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Telecommunication Union, ITU) merupakan badan antarabangsa yang bertugas memiawai dan mengawal atur radio dan telekomunikasi antarabangsa. Ditubuhkan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, peranan utama ITU termasuk pemiawaian, pengagihan spektrum radio serta mewujudkan serta mengawal sambungan penggilan telefon antarabangsa. ITU merupakan agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Bahagian[sunting | sunting sumber]

ITU dibahagikan kepada tiga sektor, iaitu:

Keseluruhan ITU ditadbir oleh Sekretariat Am, yang diketuai oleh Setiausaha Agung.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli ITU terdiri daripada negara ahli, ahli sektor dan ahli bersekutu. ITU dianggotai oleh 191 negara ahli, serta lebih 700 ahli sekotr dan bersekutu yang terdiri daripada syarikat dan pertubuhan telekomunikasi.

Antara negara ahlinya termasuk Kota Vatican serta semua ahli PBB kecuali Palau dan Timor Leste. Taiwan dan Pihak Berkuasa Palestin juga tidak menganggotai ITU.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]