Ikan Cencaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ikan Cencaru
YosriIkanCencaru.jpg
Pengelasan saintifik e
Takson tidak dikenali (baiki): Megalaspis
Spesies: Templat:Taxonomy/MegalaspisM. cordyla
Nama binomial
Megalaspis cordyla
(Linnaeus, 1758)
Megalaspis cordyla distribution.png
Anggaran julat taburan ikan Cencaru
Sinonim
  • Scomber cordyla,
    Linnaeus, 1758
  • Scomber rottleri,
    Bloch, 1793
  • Caranx rottleri,
    (Bloch, 1793)
  • Scomber guara,
    Lacepède 1800
  • Citula plumbea,
    Quoy & Gaimard, 1825
  • Caranx besselii,
    Agassiz 1874
Finny scad.JPG

Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad)[1] merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

Populasi Ikan Cencaru berganda dalam tempoh antara 1.4 hingga 4.4 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]