Pergi ke kandungan

Ikan raja laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan raja laut
Spesimen L. menadoensis di Tokyo Sea Life Park, Jepun
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. menadoensis
Nama binomial
Latimeria menadoensis
Wilayah L. menadoensis warna ungu

Ikan raja laut atau nama saintifiknya Latimeria menadoensis adalah salah satu dari dua spesies hidup dalam order ikan purba Coelacanthiformes yang masih ada hingga kini, ia berstatus terjejas dalam Senarai Merah IUCN.[1]

Habitat ikan coelacanth Indonesia berada di sekitar perairan Laut Sulawesi, terutama di sekitar Pulau Manado Tua, perairan Malalayang di Teluk Manado, dan di perairan Talise, Minahasa Utara. Habitat ikan coelacanth berada pada kedalaman lebih dari 180 meter dengan suhu maksimum 18 darjah Celsius.[2] Ikan raja laut secara sekilas sangat mirip ikan gombessa yang berada dalam order yang sama, namun ikan raja laut berwarna keperangan sementara gombessa berwarna kebiruan.

Pada 18 September 1997, sepasang suami isteri bernama Arnaz dan Mark Erdmann melancong ke Indonesia untuk berbulan madu. Semasa bersiar-siar di Manado Tua, Sulawesi Utara mereka melihat ikan yang ganjil dijual di pasar bandar tersebut.[3] Mark menyangka ikan itu adalah seekor gombessa yang berwarna biru keperangan. Erdmann menghubungi nelayan setempat dan meminta mereka untuk segera mengirimkannya sekiranya ia ditangkap kelak.

Spesimen Coelacanth Indonesia kedua berukuran panjang 1.2 meter dan berat 29 kg., berjaya ditangkap hidup-hidup pada 30 Julai 1998.[4] Ikan ini sempat hidup selama enam jam, membolehkan para pengkaji mendokumentasikan rupa fizikal, warna, gerakan sirip, dan perilaku ikan tersebut. Bangkai spesimen ini kemudian diawetkan dan disumbangkan ke Museum Zoologicum Bogoriense milik Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia.[3]

Di Indonesia, spesimen ikan ini yang diawet kering disimpan dalam peti kaca dan dipamerkan di Seaworld Indonesia, Jakarta. Terdapat juga dua spesimen awet basah ikan ini disimpan di Museum Biologi LIPI di Cibinong dan di Manado.[5]

Ujian DNA menunjukkan bahawa spesimen ini secara genetik berbeza dari populasi gombessa di barat Lautan Hindi:[6][7] Secara mata kasar, penampilan ikan raja laut mirip dengan gombessa namun dapat dibezakan utamanya melalui warna sisik latar ikan ini, coelacanth Indonesia berwarna perang kekelabuan, sementara gombessa Komoro lebih berwarna biru. Ikan ini disebutkan dalam jurnal saintifik Perancis Comptes Rendus de l'Académie des sciences Paris yang diterbitkan oleh Pouyaud et al. pada tahun 1999 dan diberi nama saintifik Latimeria menadoensis.[8]

Pada tahun 2005, sebuah kajian biologi molekul telah menemukan bahawa tempoh waktu percabangan antara dua spesies ini adalah sekitar 40–30 juta tahun lalu.[9]

Ciri dan anatomi

[sunting | sunting sumber]

Di habitat asalnya, Coelacanth ditemukan mendiami di mulut gua batuan lava bawah laut.[5] Secara fizikal, ikan yang digelar "fosil hidup" ini kelihatan seperti ikan kerapu harimau yang juga mempunyai celoreng gelap bergigi tajam.

Keunikan paling nyata ikan ini adalah kewujudan sepasang sirip dada, sirip perut, satu sirip dubur (bahagian belakang bawah), dan satu sirip punggung yang tidak bercantum dengan tubuh, tetapi menjulur, bercuping, dan berdaging. Untuk berada tetap pada kedudukannya, coelacanth menggerakkan sirip perut dan sirip dadanya seperti dayung. Gerakan maju datang dari sirip dubur dan sirip punggung belakang. Rahang atas coelacanth dapat bergerak membuka seperti rahang bawah. Dengan kebolehan itu, ikan karnivor ini dapat memakan ikan yang lebih besar. Coelacanth menetaskan telurnya di dalam perut, bukan di luar tubuhnya.[5]

  1. ^ a b Erdmann, M. (2008). "Latimeria menadoensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 23 Disember 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ "Ikan Purba Coelacanth Ditemukan Lagi". Kompas. 14 September 2009. Dicapai pada 4 Januari 2013. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ a b Jewett, Susan L., "On the Trail of the Coelacanth, a Living Fossil", The Washington Post, 11 November 1998, Retrieved on 2007-06-19.
  4. ^ Nelson, Joseph S. (2006). Fishes of the World. John Wiley & Sons, Inc. ISBN 0-471-25031-7
  5. ^ a b c "Coelacanth, Ikan". Pusat Penelitian BIOLOGI - Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI). 14 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 4 January 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Unknown parameter |source= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |8= (bantuan)
  6. ^ Erdmann, Mark V. (1999). "An Account of the First Living Coelacanth known to Scientists from Indonesian Waters". Environmental Biology of Fishes. Springer Netherlands. 54 (#4): 439–443. doi:10.1023/A:1007584227315. 0378-1909 (Print) 1573-5133 (Online). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2019. Dicapai pada 18 Mei 2007. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ Holder, Mark T., Mark V. Erdmann, Thomas P. Wilcox, Roy L. Caldwell, and David M. Hillis (1999). "Two living species of coelacanths?". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 96 (22): 12616–12620. doi:10.1073/pnas.96.22.12616. PMC 23015. PMID 10535971.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Pouyaud, L., S. Wirjoatmodjo, I. Rachmatika, A. Tjakrawidjaja, R. Hadiaty, and W. Hadie (1999). "Une nouvelle espèce de coelacanthe: preuves génétiques et morphologiques". Comptes Rendus de l'Académie des sciences Paris, Sciences de la vie / Life Sciences. 322 (4): 261–267. doi:10.1016/S0764-4469(99)80061-4. PMID 10216801.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Inoue J. G., M. Miya, B. Venkatesh, and M. Nishida (2005). "The mitochondrial genome of Indonesian coelacanth Latimeria menadoensis (Sarcopterygii: Coelacanthiformes) and divergence time estimation between the two coelacanths". Gene. 349: 227–235. doi:10.1016/j.gene.2005.01.008. PMID 15777665.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]