Iklan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Papan iklan dan iklan jalanan di Shinjuku, Tokyo, (2005)

Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.

Walaupun periklanan bukan saluran media massa tetapi sejarah dan perkembanganya berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan media massa. Revolusi percetakan dan penciptaan alat cetak oleh Johannes Gutenberg pada 1440 merupakan peristiwa paling penting dalam permulaan kegiatan periklanan di dunia.

Revolusi dan penciptaan ini membolehkan penerbitan iklan massa dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian dan bil. Iklan poster bercetak yang pertama diterbitkan pada 1472. Sementara iklan akhbar yang pertama muncul di London pada 1625. Akhbar-akhbar harian awal seperti Daily Courant, Revue, Examiner, Tatler dan Spectator di Barat menyiarkan pelbagai iklan barangan termasuk iklan kopi, coklat, teh, ubat-ubatan serta iklan peribadi.

Iklan pertama di Amerika Syarikat muncul pada 1704 dalam Boston Newsletter, manakala agen periklanan yang pertama ditubuhkan oleh Volney Palmer di Massachusetts. Beliau membeli ruang-ruang iklan daripada pemilik-pemilik akhbar pada kadar potongan dan kemudiannya menjual ruang-ruang itu kepada pengiklan dengan harga yang lebih tinggi. Pada waktu itu, para pengiklan biasanya menyediakan iklan mereka sendiri.

Pada 1890, N.W. Ayer & Son di Philadelphia menawarkan perkhidmatannya kepada para pengiklan sepertimana yang dilakukan oleh agensi-agensi periklanan masa kini. Manakala majalah pertama yang menerbitkan iklan ialah Southern Messenger pada Julai 1844. Pada 1848, Cyrus H.K. Curtis mengasaskan majalah Ladies Home Journal yang begitu bergantung kepada iklan untuk membiayai kos penerbitannya.

Pada 1920, iklan radio mula disiarkan di Pittsburgh, Pennsylvania, manakala iklan TV pertama kali disiarkan pada 1941. TV warna mula diperkenalkan pada 1955 dan iklan TV menjadi semakin penting kerana keupayaan televisyen menarik para penonton di rumah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Iklan tulis mula dikenali sejak zaman Greece kuno. Ketika itu, iklan mengandungi mengenai budak-budak yang melarikan diri dari tuannya atau mengenai penyelenggaraan perlawanan Gladiator, pada masa ini iklan hanyalah berupa surat edaran. Beberapa masa selepas itu barulah muncul kaedah pengiklanan yang ditulis dengan tangan dan dengan kertas yang lebih besar di Inggeris. Iklan pertama yang dicetak di Inggeris ditemui pada Imperial Intelligencer Mac 1648. Sehingga dekad 1850-an, di Eropah iklan belum sepenuhnya dimuatkan di surat khabar. Kebanyakan masih berupa risalah. Iklan majalah pertama muncul dalam majalah Harper tahun 1864.

Iklan yang diharamkan[sunting | sunting sumber]

Iklan yang diharamkan di Malaysia iaitu iklan jenama rokok dan arak.

Hingga saat ini, hanya negara Indonesia sahaja yang memperbolehkan iklan rokok tetapi penyiarannya pada malam hari hingga waktu fajar, iaitu pada pkl. 9:30mlm sehingga 5:00pg.

Amaran merokok sudah ada di Malaysia sejak tahun 1976 hingga ketika ini, yang berbunyi : "AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA, MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN" pada setiap-tiap akhir iklan rokok.

Iklan arak pula diharamkan di Malaysia sejak tahun 1995, sehingga semua acara di Malaysia baik berupa sukan dan konsert tak boleh lagi menerima tajaan rokok dan arak.

Pada tahun 2010, TV3 diancam akan diboikot kerana menyiarkan iklan Hari Raya Aidilfitri yang menghina ugama Islam secara halus. Iklan ini memaparkan penggambaran Santa Clause yang melambangkan ugama Kristian dan Bunga Teratai yang melambangkan ugama Buddha. Oleh kerana itu, TV3 memohon maaf kepada seluruh penonton terkait dengan iklan Hari Raya Aidilfitri yang menyerupai Krismas.

Iklan TV di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Iklan televisyen

Iklan TV di Malaysia mempunyai kod KP/YYYY/XXXX (KP/Tahun/Nombor). Iklan dengan kod tak hanya digunakan di Malaysia sahaja, di Arab Saudi, iklan TV mempunyai kod KPKK/XXXX/YYYY (KPKK/Nombor/Tahun).

Iklan televisyen Malaysia yang pertama ialah Kempen Bahasa Jiwa Bangsa pada dekad 1960'an.

Senarai Iklan Televisyen Malaysia Daripada Adeater[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Adeater

Iklan televisyen Malaysia daripada Adeater yang pertama ialah Carlsberg versi Piano.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]