Iklan dalam talian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Iklan dalam talian atau iklan atas talian merupakan proses pemasaran yang menggunakan Internet sebagai medium pengiklanan mempromosikan produk-produk tertentu. Antara contoh iklan dalam talian ialah pemasaran surat elektronik (e-mel), pemasaran enjin carian (SEM), pemasaran media sosial, pengiklanan bergambar termasuk banner dan juga pengiklanan di telefon pintar.

Kebiasaannya, iklan dalam talian melibatkan sama ada dua pihak seperti pemilik laman web yang menayangkan iklan berbayar daripada pengiklan secara terus di laman web. Selain itu, cara yang paling berkesan adalah melibatkan tiga pihak yang mana pihak pemilik laman web menggunakan pihak ketiga untuk menguruskan pengiklanan di laman web dan pihak pengiklan akan berurusan dengan pihak ketiga untuk menayangkan iklan di laman-laman yang dipilih atau secara rawak. Pihak ketiga selalunya ialah agensi pengiklanan yang menguruskan iklan mana yang akan ditayangkan di laman-laman yang telah berdaftar sebagai ahli gabungan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah iklan dalam talian bermula pada tahun 1978 dengan e-mel yang mana e-mel dihantar untuk mengiklankan DEC komputer.

Rujukan[sunting | sunting sumber]