Ilmu ekonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Sains ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sains ekonomi adalah pengetahuan ilmiah yang mempelajari tentang hubungan moral dengan manusia. Hubungan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya berupa aktiviti hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengedaran pendapatan. Pertanyaan klasik sampai saat ini belum dijawab oleh umat manusia adalah pertanyaan tentang dari mana datangnya keperluan manusia sehingga muncul apa yang disebut pertukaran dalam bentuk perdagangan?

Memang ekonomi merupakan salah satu misteri terbesar di dunia ini, kerana banyaknya kejadian-kejadian ekonomi yang luput dari kawalan para saintis. Satu hukum ekonomi yang ditemukan belum tentu boleh menjawab permasalahan yang muncul di masa akan datang. Jawapan yang selalu diusahakan oleh para saintis untuk mencuba menjawab pertanyaan tersebut adalah dengan menilik kepada konsepsi hakikat manusia.

Siapakah manusia itu? Hal ini merupakan pertanyaan asas sekaligus fundamental dalam mempelajari gejala-gejala ekonomi. Semua teori ekonomi membutuhkan gagasan dasar tentang manusia. Memang belum ada saintis yang mampu mengetahui dirinya sendiri secara sempurna sehingga dapat dijadikan patokan dalam merumuskan hakikat manusia.

Sebagai contoh Adam Smith sebagai pelopor bangkitnya ilmu ekonomi punya tanggapan tentang hakikat manusia yang berbeda dengan Aristotele dalam membangun teori ekonominya. Sains ekonomi juga sering disebut ilmu tentang moral karana ia muncul dari keperhatinan moral para ahli falsafah seperti Adam Smith, Karl Marx, F.A. Hayek, J.M. Keynes.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]