Ilyas Kashmiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ilyas Kashmiratau Maulana Ilyas Kashmiri atau Muhammad Ilyas Kashmiri (10 Februari 1964 diduga terbunuh pada 3 Jun 2011. Beliau merupakan ahli senior al-Qaeda iaitu seorang yang dikaitkan dengan Perang Afghanistan-Soviet, serangan terhadap India , Pakistan dan Amerika Syarikat .Pada bulan Ogos 2010, AS dan PBB mengumumkan bahawa dia seorang pengganas yang sangat dikehendaki.NBC News melaporkan bahawa dia mungkin dilantik sebagai pengganti Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda. Beliau merupakan komander kumpulan HuJi.

Ilyas berasal dari daerah Mirpur di Azad Kashmir di Pakistan. Menurut sumber , dia dikatakan menjadi ahli pasukan elit Pakistan. Beliau pernah belajar jurusan komunikasi di Universiti Terbuka Allama Iqbal.

Dia terlibat secara aktif dalam Perang Afghanistan-Soviet pada 1980 untuk membebaskan cengkaman Soviet Union di Afghanistan. Ketika itu beliau cedera parah dan kehilangan mata dan jari telunjuk.

Pada 6 Ogos 2010, Amerika Syarikat menyifatkan Ilyas termasuk dalam Pengganas Global . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula menyenaraihitamkan beliau berdasar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1267. Dengan itu, Amerika Syarikat dapat membekukan semua aset melarang warga Amerika melakukan sebarang transaksi dengannya. Resolusi PBB mewajibkan negara anggota PBB untuk membekukan aset, larangan perjalanan dan larangan penjualan senjata ke Kashmir dan kumpulan HuJi. Kumpulan Harkat-ul-Jihad-al-Islami (HuJi) disifatkan sebagai kumpulan pejuang militan Islam yang aktif di India , Pakistan dan Bangladesh seawal 1990. Pada 2005, pertubuhan ini diharamkan di Bangladesh.

Ilyas Kashmiri dikaitkan dengan serangan kilang roti Jerman di Pune , India pada 13 Februari 2010. Mereka juga mensasarkan beberapa bandar utama yang menjadi lokasi sukan Olimpik di India.

Didakwa terbunuh[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Jun 2011, pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat mensasarkan daerah Ghwakhwa, sebuah kubu Taliban.Sembilan militan termasuk Ilyas Kashmiri dilaporkan terbunuh.