Imagine Dragons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imagine Dragons
Imagine Dragons ditemuramah di Pesta Ilosaarirock 2013
Imagine Dragons di Pesta Ilosaarirock 2013
Latar belakang
Berasal dariLas Vegas, Nevada
 Amerika Syarikat
Genre
Instrumen
  • Gitar
  • gitar bes
  • dram
  • papan nada
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • The Moth & The Flame
  • X Ambassadors
  • Egyptian
Laman sesawang
imaginedragonsmusic.com
Ahli
Bekas ahli
  • Andrew Tolman
  • Brittany Tolman
  • Theresa Flaminio
  • Dave Lemke
  • Andrew Beck
  • Aurora Florence

Imagine Dragons ialah sebuah kugiran rock Amerika Syarikat dari Las Vegas, Nevada. Ia terdiri daripada penyanyi vokal utama Dan Reynolds, pemain gitar Wayne Sermon, pemain bes dan papan nada Ben McKee dan pemain dram Daniel Platzman.[1] Pendedahan awal kumpulan ini adalah melalui pelancaran single "It's Time", diikuti dengan album studio penampilan sulung Night Visions (2012), di mana singles-single dalam album tersebut berjaya memasuki carta seperti "Radioactive" dan "Demons". Billboard meletakkan mereka dalam tempat teratas bagi kedudukan 'Tahun dalam Rock' untuk tahun 2013[2] dan 2017[3] serta menamakan mereka sebagai 'Band Cemerlang 2013' dan 'Band Terbesar 2017'.[4] Rolling Stone menamakan lagu "Radioactive" yang memegang rekod untuk berada dalam carta untuk banyak minggu di Billboard Hot 100 'hit rock terbesar tahun ini'[1][5][6] dan MTV memanggil mereka sebagai 'band paling cemerlang tahun ini'.[7]

Album studio kedua Imagine Dragons, Smoke + Mirrors (2015) berjaya menduduki tempat pertama di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.[8][9] Selepas rumpang yang singkat, band itu melancarkan album studi ketiga mereka Evolve (2017), yang menghasilkan single berkedudukan teratas di dalam carta iaitu "Believer" dan "Thunder". Walaupun ketiga-tiga album mereka secara komersialnya berjaya, penerimaan kritikal terhadap album tersebut adalah bercampur.[10]

Imagine Dragons telah memenangi tiga Anugerah Muzik Amerika, lima Anugerah Muzik Billboard, satu Anugerah Grammy dan satu Anugerah World Music. Pada Mei 2014, mereka dicalonkan untuk empat belas Anugerah Muzik Billboard, termasuklah Artis Terbaik Tahun Ini dan Anugerah Penghargaan, yang mengiktiraf inovasi dan kreativiti artis yang merentasi genre berbeza. Imagine Dragons juga berjaya menjual 12 juta salinan album dan 35 juta single di seluruh dunia.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2008-2010: Tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]

Kugiran ini ditubuhkan pada tahun 2008 di Provo, Utah di mana vokalis Dan Reynolds bertemu dengan pemain dram Andrew Tolman. Reynolds dan Tolman sama-sama belajar di Universiti Brigham Young.[12] Setalah penubuhan, Tolman merekrut rakan sekolah lamanya Daniel Wayne "Wing" Sermon yang baru saja kembali ke kampung halamannya di American Fork, Utah setelah belajar di Berklee School of Music. Tolman kemudian merekrut isterinya, Brittany Tolman. Kemudian, Sermon merekrut siswa Berklee lainnya, Ben McKee, untuk bergabung dengan kugiran.[13] Dengan Reynolds sebagai vokalis, Imagine Dragons memenangkan suatu petandingan kugiran di Universiti Brigham Young dan pertandingan-pertandingan tempatan lain.[14] Anggotanya hidup bersama di Las Vegas, kampung halaman dari Dan Reynolds, di mana kugiran tersebut merakam dan mengeluarkan tiga album mini pertama mereka.[15]

Kugiran ini mengeluarkan dua album mini berjudul Imagine Dragons EP[16] dan Hell and Silence EP[17] pada 2010, dengan kedua-kedua dirakam di Battle Born Studios di Las Vegas. Mereka kembali ke studio tersebut pada 2011.[18][19][20] Album mini yang satu lagi, berjudul It's Time, dibuat sebelum mereka menandatangani perjanjian rakaman.[21]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli semasa[sunting | sunting sumber]

  • Dan Reynolds – penyanyi vokal utama; pemain gitar, piano, papan nada, dram, genderang (2008–kini)
  • Wayne Sermon – pemain gitar utama, mandolin; penyanyi vokal sandaran (2009–kini)
  • Ben McKee – pemain gitar bes, piano, papan nada, pensintesis, gitar; penyanyi vokal sandaran (2009–kini)
  • Daniel Platzman – pemain dram, genderang, gitar irama, viola, papan nada; penyanyi vokal sandaran (2011–kini)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Andrew Tolman – pemain dram, genderang, gitar irama; penyanyi vokal sandaran (2008–2011)
  • Brittany Tolman – pemain piano, papan nada, gitar irama; penyanyi vokal sandaran (2009–2011)
  • Theresa Flaminio – pemain piano, papan nada; penyanyi vokal sandaran (2011–2012)
  • Dave Lemke – pemain gitar bes; penyanyi vokal sandaran (2008–2009)
  • Aurora Florence – pemain piano, papan nada, biola; penyanyi vokal sandaran (2008)
  • Andrew Beck – pemain gitar; penyanyi vokal sandaran (2008)

Pemuzik jelajah[sunting | sunting sumber]

  • Ryan Walker – pemain piano, papan nada, gitar irama, mandolin, tamborin; penyanyi vokal sandaran (2012–2015)[22]
  • Will Wells – pemain piano, papan nada, gitar irama; penyanyi vokal sandaran (2015–2017) [23][24]
  • Elliot Schwartzman – pemain piano, papan nada, gitar irama; penyanyi vokal sandaran (2017–kini)

Garis masa[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "About: Imagine Dragons". imaginedragonsmusic.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 31, 2016.
  2. ^ "The Year In Rock 2013: Imagine Dragons Top Billboard's Year-End Rock Rankings". Billboard (dalam bahasa Inggeris). 13 Disember 2013. Dicapai pada 14 Ogos 2014.
  3. ^ "The Year In Rock Charts: Imagine Dragons, Portugal. The Man & Metallica Reign" (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Imagine Dragons: Who Wants to Talk About the Biggest Band of 2017?" (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Greene, Andy (8 Mei 2013). "Imagine Dragons Go 'Radioactive' on the Charts". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ "Imagine Dragons: The Billboard Cover Story". Billboard (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2013. Dicapai pada 1 November 2013.
  7. ^ "Imagine Dragons Slept Through Their Grammy Nominations". MTV News (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "Imagine Dragons Slay at No. 1 on Billboard 200 Chart". Billboard (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ Harriet Gibsone. "Imagine Dragons score debut UK No 1, while Ellie Goulding breaks streaming record". the Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ "Imagine Dragons Music Profile" (dalam bahasa Inggeris). Metacritic. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  11. ^ Caulfield, Keith (25 Februari 2017). "Imagine Dragons Slay at No. 1 on Billboard 200 Chart". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2017.
  12. ^ "Born in Utah, Imagine Dragons is coming home".
  13. ^ Sculley, Alan (15 Mac 2013). "Imagine Dragons slowly take flight". The Columbian. Dicapai pada 29 April 2013.
  14. ^ Burger, David (20 March 2013). "Born in Utah, Imagine Dragons is coming home". The Salt Lake Tribune. Dicapai pada 2013-07-27.
  15. ^ Bracelin, Jason (8 Februari 2013). "Sudden success keeping Imagine Dragons busy". Las Vegas Review-Journal. Dicapai pada 29 April 2013.
  16. ^ "iTunes - Music - Imagine Dragons - EP by Imagine Dragons". Itunes.apple.com. 2010-03-01. Dicapai pada 2011-10-22.
  17. ^ "iTunes - Music - Hell and Silence by Imagine Dragons". Itunes.apple.com. 2010-06-01. Dicapai pada 2011-10-22.
  18. ^ ""Imagine Dragons gets a Bite of the spotlight" by Off the Record". Las Vegas Weekly. Dicapai pada 2011-10-22.
  19. ^ Cody Clark (2009-06-12). "Kelly Clarkson rocks UVUphoria, Summerfest crowd". Heraldextra.com. Dicapai pada 2011-10-22.
  20. ^ "Fans welcome back Imagine Dragons | Universe2.byu.edu". Universe.byu.edu. 2009-08-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-31. Dicapai pada 2011-10-22.
  21. ^ "Local band, 'Imagine Dragons' signs with Interscope Records". ksl.com. 2012-01-23. Dicapai pada 2013-02-11.
  22. ^ "Instagram photo by Ryan Walker". Instagram.com. Dicapai pada 3 Ogos 2016.
  23. ^ "Will Wells (@WilliamFWells)". Twitter. Dicapai pada 3 Ogos 2016.
  24. ^ "Will Wells (@WilliamFWells)". Twitter. Dicapai pada 21 Mei 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]