Imam Besar Al-Azhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Imam Besar Al-Azhar (Arab: الإمام الأكبر), atau dikenali guna sebagai Syeikh al-Azhar (Arab: شيخ الأزهر الشريف), kini disandang oleh Ahmad al-Tayib, ialah gelaran rasmi terkemuka dan unggul di Mesir.[1] Beliau dianggap oleh sebahagian Muslim sebagai pihak paling berkuasa dalam Islam dari akidah dan fiqah (perundangan Islam) aliran ahli Sunah Waljamaah[2] dan memegang pengaruh besar dalam kalangan pengikut Sunni aliran Asyairah dan Maturidi seluruh dunia. Imam Besar mengetuai Masjid al-Azhar, dan bersambung dengan Universiti al-Azhar, dan bertanggungjawab dalam urusan rasmi agama bersama-sama Mufti Besar Mesir.

Sejarah gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran Imam Besar al-Azhar secara rasmi ditubuhkan pada 1961. Pada abad ke=14, ketua bagi institusi Al-Azhar diberikan gelaran Musyrif al-Azhar, kemudiannya menjadi Nazir Al-Azhar[3] dan, semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyah, digelar Syeikh al-Azhar. Kini, pemegang gelaran ini juga sering dipanggil sebagai Syeikh al-Azhar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beattie 2000, halaman 225
  2. ^ Bennett 2005, halaman 220
  3. ^ Dodge 1961, halaman 83

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Dodge, Bayard (1961), Al-Azhar: A Millennium of Muslim learning, Middle East Institute
  • Beattie, Kirk J. (2000), Egypt during the Sadat years, Palgrave Macmillan, ISBN 978-0-312-23246-7
  • Bennett, Clinton (2005), Muslims and modernity: an introduction to the issues and debates, Continuum International Publishing Group, ISBN 978-0-8264-5481-2