Masjid al-Azhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid al-Azhar
الجامع الأزهر
Pemandangan luar Masjid al-Azhar Mosque. Empat menara dan tiga kubah kelihatan
Pemandangan luar Masjid al-Azhar.
Info asas
LokasiKaherah, Mesir
Koordinat geografi30°02′45″N 31°15′46″E / 30.045709°N 31.262683°E / 30.045709; 31.262683
AgamaIslam
Cabang/MazhabAhli Sunah Waljamaah[a]
NegaraMesir
PemimpinAhmad al-Tayyeb
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaFatimiyah
Spesifikasi
Kapasiti20,000
Bil. menara masjid5
Luas kawasan15,600 m2 (168,000 ka2)[1]

Masjid Al-Azhar (Bahasa Arab: الجامع الأزهر, translit. al-Jāmiʿ al-ʾAzhar), dikenali di Mesir secara ringkas sebagai al-Azhar, ialah sebuah masjid di Kaherah, Mesir di pusat bersejarah Islam di bandar raya tersebut. Pembinaanya terletak di bawah Jeneral Jawhar al-Siqilli selepas Kaherah ditubuhkan sebagai ibu kota baharu bagi Khilafah Fatimiyah di bawah Khalifah Abu Tamim Ma'ad al-Muizz li-Din Allah, pada tahun 97. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di bandar tersebut yang kemudiannya diberi gelaran "Kota Seribu Menara".[b] Namanya biasa dianggap muncul daripada perkataan az-Zahrāʾ (bermaksud "yang cantik mekar"), gelaran yang diberikan kepada Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad.

Selepas penubuhannya pada 972, dan dengan pengambilan 35 orang ulama sebagai penggiat masjid pada 989, masjid ini secara perlahan-lahan membangun menjadi seperti hari ini yang merupakan universiti kedua paling lama beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyyin di Fes. Universiti Al-Azhar telah lama diiktiraf sebagai institusi unggul dalam dunia Islam bagi pengajian akidah ahli Sunah waljamaah dan syariah, atau perundangan Islam. Universiti tersebut, yang disepadukan dengan masjid menjadi sebahagian sekolah masjid sejak penubuhannya, telah dimiliknegarakan dan secara rasmi menjadi universiti awam pada 1961, berikutan Revolusi Mesir 1952.

Melalui sejarahnya yang panjang, masjid ini telah silih berganti diabaikan dan disanjung tinggi. Disebabkan ia dibina sebagai institusi Syiah Ismailiyah, Salahudin al-Ayubi dari dinasti Sunni yang menemui institusi ini, membuang statusnya sebagai masjid jamik dan tidak membiayai pengajar dan pelajar di sekolah tersebut. Tindakan ini ditarik balik di bawah pemerintahan Kesultanan Mamluk, yang memerintahkan pengembangan dan pembaikpulihan tempat ini. Penguasa Mesir yang kemudiannya menunjukkan tahap penghormatan yang berbeza kepada masjid ini dan memberikan pelbagai bantuan kewangan, sama ada kepada sekolah mahupun bagi pemeliharaan masjid. Kini, al-Azhar kekal menjadi institusi berpengaruh bagi masyarakat Mesir yang diikuti oleh dunia Islam dan sebagai lambang kepada Islam di Mesir.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Antara tahun 972 dan 1171 M, al-Azhar mengikuti cabang Ismaili Syiah
  2. ^ Masjid Amru ibn al-As ialah masjid tertua di bandar Kaherah moden (juga masjid tertua di Afrika), dibina pada tahun 642. Walau bagaimanapun, Masjid Amru ibn al-As, juga beberapa masjid yang lain di Kaherah moden yang lebih tua dari Al-Azhar, dibina di bandar Fustat yang mana ia baru dimasukkan dalam perbandaran Kaherah moden.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Creswell 1952, m/s. 43.

Rujukan[sunting | sunting sumber]