Indon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pengunaan perkataan Indon. dalam media Indonesia pada 1963.

Indonesia merupakan satu istilah ringkasan bagi panggilan orang Indonesia, sama seperti Brit kepada Briton/British (orang British) dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini digunakan secara meluas termasuk oleh beberapa negara lain seperti Australia,[1][2] Filipina,[3] Malaysia dan Singapura.[4][5] Antara kegunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana‎ oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).[6] Sesetengah media Indonesia pernah menggunakan istilah ini, seawal 1963 sehingga 1982,[7][8][9] bagaimanapun istilah ini tidak lagi digunakan. Antara kegunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana‎ oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).[6] Sesetengah media Indonesia pernah menggunakan istilah ini, seawal 1963 sehingga 1982,Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref> Bagaimanapun sekitar 2006, timbul bantahan oleh pemerintah dan rakyat Indonesia mengenai penggunaan perkataan Indon yang dianggap menghina. Isu tersebut turut dibincang pada peringkat kerajaan Indonesia.[10]

Sehubung dengan itu, pemerintah Indonesia melalui Setiausaha Penerangan & Kemanusiaan (Sekretaris I Penerangan & Humas KBRI ) Eka A. Suripto menjelaskan bahawa pihak Duta Indonesia sudah menyampaikan bantahan secara rasmi kepada duta Malaysia di Indonesia pada 13 Mei 2007. Pihak kerajaan Malaysia kemudian mengambil tindakan serta merta dengan mengeluarkan larangan penggunaan istilah ini secara rasmi oleh Kementerian Penerangan Malaysia, pada 24 Mei 2007.[11][12]

Sehubung dengan perkara tersebut, kesemua media massa Malaysia telah mengelakkan penggunaan perkataan tersebut dalam laporan mereka sebagai menghormati permintaan pemerintah Indonesia.[13]

Penggunaan ringkasan bagi "Indonesia"[sunting | sunting sumber]

Istilah ini digunakan di Australia sebagai ringkasan pada tajuk berita bagi menjimatkan ruang. Contohnya oleh The Sydney Morning Herald,[1] Brisbanetimes[2] and AAP General News (Australia).[14][15]

Ringkasan ini turut digunakan dalam The New Encyclopaedia Britannica 1998,[16] dalam The World Almanac and Book of Facts 2003,[17] dan juga The World Almanac and Book of Facts 1999.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]