Innocent Life: A Futuristic Harvest Moon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Innocent Life: A Futuristic Harvest Moon
Fail:Innocent Life - A Futuristic Harvest Moon.jpg
PembangunArtePiazza
Penerbit
PengarahSachiko Sugimura
PengeluarTakeshi Ogura
ArtisShintaro Majima
PenulisChie Yokota
Keigo Yamaguchi
KomposerYutaka Minobe
Yasufumi Fukuda
PlatformPlayStation Portable, PlayStation 2
Pelepasan
April 27, 2006
  • PSP
    • JP: April 27, 2006
    • AUS: Mac 22, 2007
    • AU: May 15, 2007
    • EU: Mei 18, 2007
    PlayStation 2
    • JP: Mac 29, 2007
    • AU: Februari 12, 2008
GenreSimulasi pertanian/PVB
ModPemain tunggal

Innocent Life: A Futuristic Harvest Moon (Jepun: イノセントライフ ~新牧場物語~, Hepburn: Inosento Raifu ~Shin Bokujō Monogatari~), juga sering dijuluki sebagai Harvest Moon: Innocent Life oleh komuniti, ialah PVB simulasi pertanian tahun 2006 bagi platform mudah alih PlayStation Portable (PSP). Siri ini sebenarnya dibangunkan sebagai francais lain tetapi sehingga kini telah dianggap sebagai siri utama bagi plot Harvest Moon selepas A Wondeful Life. Permainan ini terbit pada tarikh 27 April, 2006, di Jepun dan tahun 2007 bagi seluruh dunia.

Versi khas permainan ini telah dikeluarkan bagi platform PlayStation 2 (PS2) dengan nama Innocent Life: A Futuristic Harvest Moon (Special Edition) (Jepun: 新牧場物語:ピュア イノセントライフ, Hepburn: Shin Bokujō Monogatari: Pyua Inosento Raifu) di Jepun dan Amerika Utara pada tarikh 12 Februari 2008.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Di sebuah pulau volkanik berbentuk seperti jantung manusia bernama Pulau Heartflame, seorang ahli sains yaitu Dr. Hope Grain berjaya mencipta seorang putera android (watak pemain, dalam kisah asal bernama Life) diprogram bekerja sebagai petani. Selepas mula mengenal Dr. Hope dan gadis bernama Marcia, robot yang dimainkan pemain bergerak ke Easter Ruins bagi memulakan kerjaya pertaniannya. Life juga mengetahui khabar akan syarikat bernama Banks Corporation yang mempunyai rancangan ingin menghentikan letusan gunung berapi, tetapi dalam rancangan itu pusat bandar di pulau akan terjejas. Rancangan yang menjejaskan hampir semua orang itu tidak jadi digalakkan, sebaliknya ketika Dr. Hope bertemu dengan Datuk Pulau, Life bersama dengan Marcia disisinya mendengar percakapan kedua pegawai tinggi di pulau itu. Life yang merasa kecewa hendak pergi, tetapi dihad oleh pelayan Dr. Hope yaitu Vita. Perempuan itu mula mengatakan semuanya kepada Life.

Life kemudian mengetahui bahawa Pulau Heartflame dihuni tiga makhluk ghaib: Forest Spirit, Water Spirit, dan Fire Spirit. Di pulau ini juga hidup kedua etnik purba berbeza: Orang Easter dan Orang Volcano, kedua etnik ini saling berperang dan ingin membunuh beramai-ramai satu dengan lain, pada satu kesempatan Orang Easter menipu Forest Spirit agar makhluk itu mau mencuri Emblem Water Spirit bagi menguatkan kuasa Easter. Pihak Spirit, marah kerana perbuatan Forest Spirit, menghancurkan semua hasil pengetam dari tanah-tanah etnik yang disokong Forest Spirit; kemudian memenjarakannya sebagai hukuman sebab telah menyokong orang Easter. Orang-orang itupun selepasnya mati beramai-ramai, saki-baki daripada mereka memutuskan keluar dari pulau. Penduduk Pulau Heartflame di masa Life sekarang ialah keturunan etnik Volcano.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haynes, Jeff (March 17, 2008). "Innocent Life: A Futuristic Harvest Moon Special Edition Review". IGN. Ziff Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2020. Dicapai pada April 4, 2022. While this is deemed to be the "Special Edition," there are practically no true extras in the title to make it stand out as much stronger than the PSP version. Apart from a few new tasks given to you and a dictionary that defines practically everything within the game, there's very little that is new to the title.