Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah - IPDAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN

Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Dakwah Keningau merupakan sebuah institusi pengajian Islam di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah. IPDAS terletak di daerah Keningau menawarkan dua program utama iaitu Program Sijil Pengajian Islam & Dakwah dan Program Diploma Dakwah Islamiyyah.


VISI

IPDAS membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebar luas semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.


MISI

Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardhu ain, fardhu kifayah dan ilmu kemahiran untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dan berwibawa.


OBJEKTIF

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan Pengajian Islam, IPDAS bertekad untuk melahirkan:

1. Graduan yang berilmu, beramal, berakhlak mulia, berhikmah serta mampu menghadapi cabaran semasa. 2. Graduan yang mempunyai kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan kehendak semasa. 3. Graduan yang berkebolehan menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan al-Quran dan Sunnah.


KEMUDAHAN

Sepanjang pengajian, semua mahasiswa akan menikmati kemudahan asas seperti berikut:-

• Kemudahan bilik kuliah, makmal komputer lengkap dengan internet, perpustakaan, dewan serbaguna dan masjid.

• Kemudahan sukan seperti dewan, padang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang bola jaring/bola tampar dan kemudahan riadah yang lainnya.

• Bengkel kemahiran (Jahitan & Masakan)

• Kemudahan makan dan minum serta asrama secara percuma

• Wang saku setiap bulan.


PROGRAM PENGAJIAN

Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) menawarkan dua program utama iaitu:-

1. Program Sijil Pengajian Islam & Dakwah

2. Program Diploma Dakwah Islamiyyah


SISTEM PENGAJIAN

PROGRAM PERSIJILAN

1. Pengajian mengikut sistem semester selama dua tahun (4 semester)

2. Pengambilan Januari adalah khas untuk (Lepasan Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat) manakala pengambilan Jun adalah terbuka.


PROGRAM DIPLOMA

1. Pengajian mengikut sistem semester selama 3 tahun

2. Pengambilan dibuat pada bulan Mei setiap tahun..


BAHASA PENGANTAR

Bahasa pengantar ialah Bahasa Malaysia


KELAYAKAN MASUK

PROGRAM SIJIL

• Warganegara Malaysia

• Berumur 17-25 tahun pada tarikh permohonan

• Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia - SPM/SPM(V)

• Tidak menunggu mana-mana tawaran

• Belum berkahwin serta sedia tidak berkahwin dalam tempoh pengajian

• Lulus temuduga pengambilan


PROGRAM DIPLOMA

• Warganegara Malaysia

• Berumur tidak kurang dari 17 pada tarikh permohonan

• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian lima mata pelajaran:

 Bahasa Malaysia

 Pendidikan Al-Quran dan Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Bahasa Arab / Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam; dan

 Kepujian mana-mana matapelajaran yang lain.

 Lulus temuduga khas


PENGIKTIRAFAN DIPLOMA


Diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/PA 7518).


PROSPEK

Pemegang Diploma Dakwah Islamiyyah berpeluang untuk kemasukan ke:-

• Perkhidmatan awam dan swasta

• Melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.


MAKLUMAT PENGAMBILAN


1. Iklan di akhbar-akhbar tempatan

2. Iklan melalui hebahan radio tempatan

3. Iklan melalui laman sesawang www.islam.gov.my

4. Iklan melalui ruangan Mukabuku (Facebook) IPDAS

5. Promosi / Penerangan ke sekolah-sekolah

6. Menghubungi pejabat;


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Aras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,

Jalan UMS, Peti Surat 14725, 88854 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon : 088-488641/488642/488643/488644

Faks : 088-488645


INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS)

Kg. Menawo, Beg Berkunci No. 12, 89009 Keningau, Sabah

Telefon : 087-331868 Faks : 087-336087


PUSAT LATIHAN DAKWAH SIKUATI KUDAT

KM 22, Jalan Sikuati, Peti Surat 406, 89059 Kudat, Sabah

Telefon : 088-612359 Faks : 088-613646


INSTITUT LATIHAN ISLAM KUNDASANG

Kg. Mesilou Kundasang, Peti Surat 529, 89309 Ranau, Sabah

Telefon : 088-888285 Faks : 088-888286


PUSAT LATIHAN ISLAM LAHAD DATU

KM28, Jalan Tungku, Peti Surat 62305, 91128 Lahad Datu, Sabah

Telefon : 089-886801 Faks : 089-886805


PEJABAT PERHUBUNGAN JAKIM TAWAU

Tingkat 1 & 2, TB 1083, Bangunan Alliance Bank, Jalan Utara, Peti Surat 61299, 91022 Tawau, Sabah

Telefon : 089-754220 Faks : 089-754221