Insurans nyawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Insurans nyawa ialah kontrak antara pemegang polisi dan syarikat insurans. Syarikat insurans berjanji untuk membayar benefisiari tentuan sejumlah wang (atau "manfaat") apabila orang yang diinsuranskan meninggal. Bergantung kepada kontrak, peristiwa lain seperti penyakit terminal atau penyakit kritikal juga boleh mencetuskan bayaran. Sebagai balasan, pemegang polisi bersetuju untuk membayar jumlah yang ditetapkan ("premium") pada jarak waktu yang tetap atau secara sekaligus. Di sesetengah negara, perbelanjaan kematian seperti upacara pengebumian juga terangkum dalam premium; bagaimanapun, bentuk terutama di Amerika Syarikat hanya menetapkan satu bayaran sekaligus pada peristiwa kematian orang yang diinsuranskan.

Nilai insurans nyawa kepada pemegang polisi ialah 'ketenangan fikiran' kerana mengetahui bahawa kematiannya tidak akan mengakibatkan sebarang kesusahan kewangan kepada keluarga atau benefisiari tentuannya. Dengan kata yang lain, nilai sebenar insurans nyawa datang bukan daripada peristiwa tuntutan pada dirinya tetapi lebih daripada 'ketenangan fikiran' yang dialami pemegang polisi.