Ipin (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ipin)
Ipin
Watak Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula
Disuarakan oleh

Malaysia:

Fathiah Diaz (musim 1-3)
Asyiela Putri (musim 4-kini)
Indonesia: Lis Kurniasih
Informasi
SpesiesManusia
JantinaLelaki
KeluargaUpin (adik kembar lelaki)
Ros (kakak perempuan)
Opah (nenek)

Ipin ialah sebuah watak utama dan eponim cereka animasi Upin & Ipin. Ia berperanan sebagai watak utama di samping watak kembarnya, Upin. Watak Ipin turut muncul dalam filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula.

Ciri-ciri watak[sunting | sunting sumber]

Rupa bentuk[sunting | sunting sumber]

Walaupun Upin dan Ipin merupakan kembar seiras yang sama-sama botak, Ipin dibezakan kerana Ipin tiada sehelai rambut seperti Upin, dan biasanya memakai baju singlet biru yang tertera huruf "i", serta sehelai skaf merah kecil yang diikat di keliling leher dan berlabuh pada belakangnya.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai si adik, Ipin menunjukkan perwatakan seakan pak turut yang bersetuju sahaja dengan abangnya atau sesiapa sahaja yang berbual dengannya setiap kali, dengan membalas kata-kata itu dengan mengulangi satu kata tiga kali dalam satu ayat, misalnya "Betul betul betul" atau "Sedap sedap sedap". Ipin juga memperlihatkan rasa gemarnya akan makan ayam goreng, sehingga dia pernah sekali sanggup beli ayam goreng secara berlebihan walaupun belum tentu makan sampai habis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]