Nur Fathiah Diaz
Nur Fathiah Diaz | |
---|---|
![]() Fathiah semasa mempromosikan BoBoiBoy Movie 2 bersama TGV Cinemas | |
Kelahiran | Nur Fathiah binti Diaz 20 Oktober 1999 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Kak Thiah |
Pekerjaan | Pelakon, pelakon suara, artis, penyanyi |
Tahun aktif | 2005–kini |
Saudara | Muhammad Fathi Diaz (adik) |
Keluarga | Diaz Mohd Bahauddin (bapa) Azlinda Mohd Alias (ibu) |
Nur Fathiah Diaz (lahir pada 20 Oktober 1999) ialah seorang aktris, pelakon suara, artis, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal kerana membintangi suara watak sebagai Upin & Ipin selama tiga musim. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, beliau digantikan oleh Asyiela Putri. Beliau kini merupakan pengisi suara bagi watak BoBoiBoy dan siri animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy dan filem rancangan tersebut.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Fathiah merupakan anak sulung kepada pasangan Diaz Mohd Bahauddin dan Azlinda Mohd Alias. Di samping itu, adiknya, Muhammad Fathi Diaz juga merupakan pelakon suara Ochobot.
Fathiah pertama kali mencuburi bidang alih suara dengan mensuarakan watak Upin & Ipin dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, kemudian beliau mengisi suara bagi siri animasi Upin & Ipin dari musim pertama hingga ketiga sebagai watak yang sama.
Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Fathiah kembali ke mengisi suara bagi watak BoBoiBoy dalam siri animasi Malaysia BoBoiBoy. Dia juga berlakon sebagai watak BoBoiBoy dalam filem BoBoiBoy: The Movie.[1]
Fathiah sekali lagi memegang perana watak BoBoiBoy dalam BoBoiBoy Galaxy dan BoBoiBoy Movie 2 di mana kedua-dua tersebut bertemakan galaksi semesta cereka Sains.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Siri Animasi[sunting | sunting sumber]
- Upin & Ipin (2007 - 2009) sebagai suara Upin dan Ipin
- BoBoiBoy (2011 - 2016) sebagai suara BoBoiBoy
- Apa Kata Yaya (2011, 2013 - 2014) sebagai suara BoBoiBoy
- BoBoiBoy Galaxy (2016 - kini) sebagai suara BoBoiBoy
Filem[sunting | sunting sumber]
- Geng: Pengembaraan Bermula (2009) sebagai suara Upin dan Ipin
- BoBoiBoy: The Movie (2016) sebagai suara BoBoiBoy
- BoBoiBoy Movie 2 (2019) sebagai suara BoBoiBoy
Lainnya[sunting | sunting sumber]
- OldTown White Coffee's Superhero Elemen (2015 - 2016) sebagai suara BoBoiBoy
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Thiah pemilik suara Boboiboy. harian metro. Dicapai 11 Januari 2019.