Pergi ke kandungan

Asyiela Putri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asyiela Putri
Kelahiran
Asyiela Putri binti Azhar

(2000-04-27) 27 April 2000 (umur 25)
Nama lainAsyiela Putri
PekerjaanAktris, pelakon suara, penyanyi
Tahun aktif2005–kini
Terkenal keranaPelakon suara Upin dan Ipin
KeluargaAdreena Putri Azhar (kakak)
Azhar Ahmad @ Salleh (bapa)
Eda Huraini Hussain (ibu)

Asyiela Putri Azhar (lahir 27 April 2000) merupakan seorang aktris, pelakon suara, dan penyanyi yang menyumbangkan watak Upin dan Ipin dalam siri animasi Upin & Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat hingga sekarang [1].

Asyiela turut terkenal dengan bakat nyanyian dengan meminjamkan suaranya dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011, serta menyanyi dengan memegang watak Upin dan Ipin bersama Najwa Latif untuk lagu "Terima Kasih Cikgu" pada tahun 2012.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Asyiela Putri ialah anak kedua kepada pasangan Allahyarham Haji Azhar bin Ahmad @ Salleh dan Hajah Eda Huraini binti Hussain. Bapanya telah meninggal pada Januari 2021. Kakaknya, seorang graduan undang-undang, telah bernikah pada 11 September 2022.

Asyiela Putri sekarang sedang menyambung pelajaran di Universiti Multimedia (MMU) dalam jurusan Asasi Kreatif Multimedia [2] dan buat masa ini sedang menjalani latihan praktikal di Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2010 - kini Upin & Ipin Suara Upin Ipin Musim Keempat hingga kini
Tahun Tajuk Peranan Terbitan
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Watak Suara Upin Ipin Les' Copaque Production & KRU Studios
2019 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Les' Copaque Production

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Pulangnya Tok Misai Yana Astro Prima Telefilem pertama
  1. ^ Sering Diminta Rakan Buat Suara Upin Ipin, Asyiela Putri Tak Kisah. gempak. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  2. ^ Voice behind Upin & Ipin enrols for varsity. the star. Dicapai pada 12 Februari 2019. (artikal dalam Bahasa Inggeris).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]