Irman Gusman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Irman Gusman

Hj. Irman Gusman, MBA (lahir 11 Februari 1955 di Padang Panjang, Indonesia) adalah Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Indonesia tempoh 2009-2014.[1] Sebelumnya, dia juga pernah menjawat anggota Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) tempoh 1999-2004 sebagai Utusan Daerah Sumatera Barat, serta Wakil Ketua Fraksi Utusan Daerah MPR tempoh 2002-2004.[2]

Latar belakang pendidikan Irman Gusman ialah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari School of Business University of Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat, serta Sarjana Muda Perdagangan dari Universitas Kristen Indonesia, Jakarta. Sebelum mencebur diri ke dunia politik, Irman adalah seorang pengusaha yang berasal dari Sumatera Barat.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Irman Gusman Ketua DPD 2009-2014, © Republika Online, 2 Oktober 2009. Diakses 18 Jun 2010.
  2. ^ a b Irman Gusman Pengusaha Pejuang Daerah, © Ensiklopedi Tokoh Indonesia, updated 29 September 2004. Diakses 18 Jun 2010.