Istana Jacir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Jacir pada Hari Natal 2008

Istana Jacir atau Qasr Jacir (Arab: قصر جاسر) ialah hotel terbesar di Bethlehem di tengah Tebing Barat. Reka bentuk asal bangunan berdasarkan seni bina biasa Palestin dan ciri-ciri rumah Arab. Istana Jacir ada tiga tingkat, setiap tingkat menjangkau 800 sq m. Hotel yang baru dibina tersebut menambah kolam renang luar, spa kesiharan, dua bilik mesyuarat, 250 bilik sedia ada dan 11 peruncit makanan dan minuman termasuk restoran dan bar.[1]

Istana Jacir dibina pada 1910 oleh tukang tempatan atas tempahan bekas datuk bandar Bethlehem, juga saudagar, Suleiman Jacir (moyang Nasri Jacir, Emily dan Annemarie Jacir), yang bertujuan beliau dan dan lima keluarga adik-beradiknya akan tinggal di rumah agam bersama. Oleh itu, mereka tinggal pada suatu masa. Namun, keluarga tersebut jatuh bankrap pada 1920-an dan dipaksa jual istana dan perabotnya. Istana Jacir akhirnya diambil aloh oleh orang British yang menggunakannya sebagai penjara wanita pada 1940-an. Pada 1950-an, rumah tersebut menjadi sekolah swasta yang dipanggil al-Ummah, kemudian rumah tersebut menjadi sekolah lelaki harian dan pada peringkat yang masih kemudian diubah menjadi sekolah perempuan harian.[2] Rumah tersebut juga digunakan oleh Angkatan Pertahanan Israel, terutamanya semasa Intifada Pertama, sebagai titik kawal memandangkan lokasinya bermanfaat dan terus menjadi titik utama persengketaan antara belia tempatan yang menghumban batu dan IDF.[perlu rujukan]

Hotel Istana Jacir

Pada 2000, sekumpulan pelabur Palestin daripada PEDCAR — yang berkait dengan Pihak Berkuasa Negara Palestin — memperoleh Istana Jacir; mereka membersihkan dan mengubah suainya kemudian. Munib il Masri, bapa pembikin filem Mai Masri, kini memiliki Istana tersebut.[perlu rujukan] [3] Namun, hotel tersebut ditutupkan dari 2000 hingga 2005. Ia tutup lagi pada 2021 kerana pandemik COVID-19, dan kekal tutup pada Januari 2023.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hotel International: Jacir Diarkibkan 2009-01-06 di Wayback Machine Zara Investment (Holding) Co. Ltd
  2. ^ Emily Jacir: Photostory: Retracing bus no. 23 on the historic Jerusalem-Hebron Road, 15 December 2006, The Electronic Intifada (alternative link: [1] Diarkibkan 2008-07-05 di Wayback Machine)
  3. ^ Palaces in the Bethlehem Area[pautan mati kekal] Zeiter, Leila. Bethlehem.ps
  4. ^ Jacir Palace, InterContinental Bethlehem re-opens for business Diarkibkan Disember 3, 2013, di Wayback Machine InterContinental Hotels Group

Koordinat: 31°42′42″N 35°11′57″E / 31.7116°N 35.1993°E / 31.7116; 35.1993