Istana Pulau Tiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Istana Pulau Tiga merupakan bangunan seluas 0.61201 hektar yang merupakan pusat pentadbiran Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-21 (1804 - 1845). Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah memindahkan pemerintahannya dari Kota Kuala Kedah ke Kota Kuala Muda dalam tahun 1804 - 1820 dan membina istana ini sebagai pusat pentadbiran. Istana ini terletak berhampiran Sungai Merbok dan Sungai Tukang di Kampong Baru, Pulau Tiga, Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah. Istana Pulau Tiga mendapat nama sempena tiga buah pulau yang mengadapnya, yang dinamakan Pulau Tok Kuning, Pulau Tengah dan sebuah lagi tidak bernama.

Istana Pulau Tiga telah musnah terbakar dalam satu serangan tentera Siam pada 12 November 1821, yang turut memusnahkan Kota Kuala Kedah dan Alor Star. Akibat dari serangan Siam tersebut baginda sultan telah berundur ke Pulau Pinang dan kemudian ke Melaka, sebelum kembali berkuasa pada tahun 1842. Pada masa kini, hanya sisa kemusnahan istana ini yang masih tinggal sebagai bukti kewujudannya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]