Isu politik dalam pendidikan tinggi di Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ialah peringkat pilihan pembelajaran formal selepas pendidikan menengah . Pendidikan tinggi, juga dikenali sebagai pendidikan pasca menengah, tahap ketiga, peringkat ketiga, atau pendidikan tinggi acap kali berlaku di salah satu daripada 4,360 institusi pemberi ijazah Title IV, sama ada kolej atau universiti di negara ini. [1] Institusi ini mungkin terdiri daripadauniversiti awam, universiti swasta, kolej seni liberal, kolej komuniti atau "for-profit colleges" . Pendidikan tinggi di Amerika Syarikat tidak dikawal secara ketat oleh sebahagian organisasi pihak ketiga.

Dalam kalangan estet yang meluas ini, banyak isu yang timbul bagi

Pandangan politik[sunting | sunting sumber]

Hasil kaji selidik sejak zaman 1970-an secara konsisten mendapati bahawa profesor berpendirian lebih liberal dan Demokrat daripada populasi am. [2] [3] [4] [5]

Sebuah Tinjauan Zogby pada tahun 2007 mendapati bahawa 58% rakyat Amerika melabel profesor-profesor di kolej yang berpendirian berat sebelah dalam politik sebagai satu "masalah yang serius" . Hal ini berbeza-beza mengikut pandangan mereka yang ditanya dari sudut politik. 91% daripada orang dewasa dengan pendirian yang "sangat konservatif" bersetuju dengan hasil tinjauan ini berbanding dengan 3% daripada rakyat yang berpandangan liberal. [6]

Satu kajian di seluruh negara yang dijalankan setiap tiga tahun oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi (HERI) UCLA mendapati bahawa sejak tahun1989 hingga tahun 2014 profesor yang berpendirian liberal atau haluan kiri meningkat dalam jumlah menumbangkan jumlah rakyat yang berpendirian konservatif atau dikenali sebagai haluan kanan. [7] [8] [9] Anjakan dari tahun 2014 ke tahun 2017 tidak berapa keterlaluan apabila dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, dengan angka berada pada kira-kira 60% liberal/haluan kiri, 28% bersahaja dan 12% konservatif/haluan kanan. [7] Berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam Academe, implikasi daripada memiliki lebih ramai profesor berpendirian liberal akan melahirkan lebih kecil jumlah pelajar yang konservatif berkemungkinan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lanjutan atau kedoktoran. [10] Menurut Stephen Hayward, apabila kurang profesor yang konservatif, ini menyebabkan lebih kecil jumlah pelajar yang konservatif dibimbing dan disokong untuk mendapatkan pendidikan peringkat siswazah, seterusnya mewujudkan kitaran "pengukuhan diri". [11]

Pada tahun 2012, pakar psikologi Universiti Tilburg Yoel Inbar dan Joris Lammers menjalankan tinjauan secara rambang tanpa mengetahui nama yang terdiri daripada 800 anggota Persatuan Personaliti dan Psikologi Sosial dan merumuskan bahawa 85% daripada responden telah melabel diri sebagai individu berpendirian liberal dan 6%melabel diri sebagai individu yang konservatif. Responden yang menganggap diri mereka sebagai seorang konservatif atau bersahaja secara jelas dilihat bahawa mereka kurang aktif untuk menyuarakan pendapat politik mereka kepada rakan sekerja kerana takut akan kesan negatif, dan berkemungkinan percaya bahawa rakan sekerja mereka akan mendiskriminasi mereka secara aktif berdasarkan kepercayaan politikmereka. [12]

Pada Januari 2015, sebauh kajian literatur besar yang ditulis bersama oleh pakar psikologi José L. Duarte, Jarret T. Crawford, Jonathan Haidt, Lee Jussim, Philip E. Tetlock dan pakar sosiologi Charlotta Stern mendapati: sebahagian besar kajian telah merangkumkan kurangnya kepelbagaian ideologi dalam psikologi akademik, seterusnya menunjukkan peningkatan drastik dalam nisbah profesor liberal berbanding konservatif atau Demokrat berbanding Republikan sejak tahun 1990-an, bahawa kesenjangan yang merosakkan kualiti penyelidikan psikologi, dan kurangnya kepelbagaian ideologi, dan penyebab utama adalah pemilihan sendiri dan permusuhan terhadap iklim dan diskriminasi. [13]Menurut data kajian daripada HERI, nisbah profesor universiti liberal-ke-konservatif telah meningkat daripada 2:1 pada 1995 kepada nisbah 5:1 secara kasar pada tahun 2014.

Pada September 2016, ia menggandakan dan memperluas kajian Inver dan Lammers yang dilakukan pada tahun 2012 oleh ahli psikologi Nathan Honeycutt dan Laura Freberg kepada 618 anggota fakulti daripada empat kampus Universiti Negeri California dan satu siasatan dijalankan yang mengesahkan bahawa suasana yang bermusuhan terhadap profesor konservatif dalam psikologi akademik telah dikenal pasti sebelum ini, tetapi mereka juga meluaskan tinjauan tersebut kepada 76 fakulti lain, termasuk fakulti pertanian, perniagaan, pendidikan, sastera dan kesusasteraan, kejuruteraan, dan sains, dan mendapati bahawa terdapat sebahagian besar profesor yang bersifat diskriminatif terhadap sarjana konservatif dalam setiap fakulti yang dikaji. [14]

Kumpulan konservatif pelajar, kebebasan bersuara, dan ucapan berunsur kebencian[sunting | sunting sumber]

Turning Point USA ialah kumpulan belia konservatif yang ditubuhkan oleh Charlie Kirk pada tahun 2012. Organisasi tersebut memiliki keterlibatan di beratus-ratus kampus di AS. [15] [16] [17] Pada tahun 2016, Turning Point USA telah mewujudkan Professor Watchlist untuk menyiarkan fakulti yang mereka dapati "mendiskriminasi pelajar konservatif, mempropagandakan nilai anti-Amerika dan memajukan propaganda haluan kiri di dalam bilik darjah." [18] [19] [20] [21] Charlie Kirk, presiden TPUSA, telah mempersoal kampus kolej sebagai "pulau totalitarianisma" yang dipenuhi dengan pelajar liberal dan ahli fakulti yang memaksa pandangan dunia mereka kepada orang di sekeliling mereka. [22]

Pada Disember 2018, Universiti California, Berkeley menyelesaikan tuntutan undang-undang kebebasan bersuara yang difailkan oleh Berkeley College Republicans and Young America's Foundation, yang percaya bahawa mereka dilayan secara tidak adil oleh universiti tertuduh kerana kepercayaan konservatif mereka. Hasil daripada penyelesaian itu, Berkeley bersetuju untuk mengubah cara mereka mengendalikan "acara besar", yang selalunya memerlukan ratusan orang, seterusnya bersetuju untuk tidak mengenakan bayaran "keselamatan" untuk pelbagai aktiviti, termasuk kuliah dan ucapan. Universiti tersebut juga akan membayar $70,000 untuk menampung kos guaman plaintif. [23]

Liga Anti Fitnah membenarkan lebih 300 peristiwa propaganda nasionalis kulit putih di lebih 200 kampus kolej dan universiti pada tahun 2018. [24]

Pada 21 Mac 2019, Presiden Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk mempertahankan kebebasan bersuara di kampus. [25] Memetik kata-kata Presiden Trump, "Di bawah samaran kod ucapan, "safe space" dan "trigger warning", universiti ini telah cuba menghalang pemikiran bebas, mengenakan pematuhan sepenuhnya dan menutup suara anak muda Amerika yang hebat. . ." [26] Beliau menambah bahawa "Dolar pembayar cukai tidak sepatutnya memberi subsidi kepada institusi anti-Pindaan Pertama. . . ." [27]

Politik berpengaruh[sunting | sunting sumber]

Page 'For-profit higher education in the United States' not found

Politik dan kegiatan mempengaruhi polisi memainkan peranan yang kritikal dalam sejarah perkembangan sekolah untuk keuntungan di Amerika Syarikat. Industri sekolah untuk keuntungan telah menghabiskan wang lebih daripada $40 juta untuk kegiatan mempengaruh ataupun melobi daripada tahun 2007 hingga 2012 dan $36 juta sejak 2010. Kegiatan melobi pendidikan untuk keuntungan telah menginjak naik ke puncak pada tahun 2012, di mana mereka memperoleh $83,000 pada tahun 1990 kepada lebih kurang $4.5 juta. Pada tahun 2019, beberapa kolej dan universiti membelanjakan lebih kurang $75 juta kepada kegiatan melobi di peringkat persekutuan. Industri melobi yang paling ketara adalah Career Education Colleges and Universities (CECU), yang sebelumnya dikenali sebagai The Association of Private Sector Colleges and Universities (ASPCU). Sebelum tahun 2010, organisasi tersebut dikenali sebagai Career College Association. Pusat Kebebasan Pendidikan bagi Institut Cato juga mendukung kegiatan pengajian tinggi untuk keuntungan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Degree-granting postsecondary institutions, by control and level of institution: Selected years, 1949-50 through 2016-17". NCES. Dicapai pada Disember 15, 2018.
  2. ^ Everett Carll Ladd and Seymour Martin Lipset, Academics, politics, and the 1972 election (1973)
  3. ^ Schuster, Jack; Finkelstein, Martin (2008), The American Faculty: The Restructuring of Academic Work and Careers, Johns Hopkins University Press, m/s. 600, ISBN 978-0801891038
  4. ^ Horowitz, David; Laskin, Jacob (Mac 2009), One-Party Classroom: How Radical Professors at America's Top Colleges Indoctrinate Students and Undermine Our Democracy, New York: Random House, m/s. 336, ISBN 978-0307452559
  5. ^ Menand, Louis (2010). The Marketplace of Ideas: Reform and Resistance in the American University. Norton. m/s. 176. ISBN 978-0393339161.
  6. ^ Zogby Poll: Most Think Political Bias Among College Professors a Serious Problem Diarkibkan Oktober 21, 2011, di Wayback Machine, Julai 10, 2007
  7. ^ a b Abrams, Samuel J. (Mac 15, 2019). "The Slowing of Higher Education's Liberal Slide". RealClearPolicy. Dicapai pada Jun 19, 2020.
  8. ^ Jaschik, Scott (Oktober 24, 2012). "Moving Further to the Left". Inside Higher Ed. Washington, DC. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  9. ^ "Study: College Professors Continue Shift To 'Far Left' Stance". WNEW. Washington, DC. Oktober 25, 2012. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  10. ^ Woessner, Matthew (2012). "Rethinking the Plight of Conservatives in Higher Education". Academe. Washington, DC: American Association of University Professors. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  11. ^ Nong, Eric (Disember 4, 2014). "Why Do So Few Conservatives Work in Higher Education?". The Wilson Quarterly. Washington, DC: Woodrow Wilson International Center for Scholars. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  12. ^ Inbar, Yoel; Lammers, Joris (September 5, 2012), "Political Diversity in Social and Personality Psychology" (PDF), Perspectives on Psychological Science, SAGE Publications, 7 (5): 496–503, doi:10.1177/1745691612448792, PMID 26168506, dicapai pada Januari 20, 2017
  13. ^ Duarte, José L.; Crawford, Jarret T.; Stern, Charlotta; Haidt, Jonathan; Jussim, Lee; Tetlock, Philip E. (Januari 2015), "Political diversity will improve social psychological science" (PDF), Behavioral and Brain Sciences, Cambridge University Press, 38: e130, doi:10.1017/S0140525X14000430, PMID 25036715, dicapai pada Januari 20, 2017
  14. ^ Honeycutt, Nathan; Freberg, Laura (21 September 2016). "The Liberal and Conservative Experience Across Academic Disciplines". Social Psychological and Personality Science. 8 (2): 115–123. doi:10.1177/1948550616667617.
  15. ^ Vasquez, Michael (April 6, 2018). "5 Takeaways From Turning Point's Plan to 'Commandeer' Campus Elections" – melalui The Chronicle of Higher Education.
  16. ^ "Allegations of Racial Bias and Illegal Campaign Activity at a Conservative Nonprofit That Seeks to Transform College Campuses". The New Yorker. Dicapai pada Januari 2, 2019.
  17. ^ "Who Funds Conservative Campus Group Turning Point USA? Donors Revealed". International Business Times. November 28, 2017.
  18. ^ McGhee, Kaylee (Jun 21, 2018). "Charlie Kirk and TPUSA aren't conservative, as real conservatives already knew".
  19. ^ "Professors as Targets of Internet Outrage". Nytimes.com. Dicapai pada Oktober 18, 2017.
  20. ^ Mele, Christopher (November 28, 2016). "Professor Watchlist Is Seen as Threat to Academic Freedom". Nytimes.com. Dicapai pada Oktober 18, 2017.
  21. ^ Strauss, Valerie (Disember 14, 2016). "'The sort of company we wish to keep': More than 1,500 academics ask to join controversial 'Professor Watchlist'". Washingtonpost.com. Dicapai pada Oktober 18, 2017.
  22. ^ Glatter, Hayley. "Student-Government Politics and Identity Politics: This Week's Top 7 Education Stories". Theatlantic.com. Dicapai pada Oktober 18, 2017.
  23. ^ Stempel, Jonathon (Disember 3, 2018). "UC Berkeley settles lawsuit over treatment of conservative speakers". Reuters. Dicapai pada Disember 8, 2018. Justice Department official Jesse Panuccio applauded the settlement in a statement on Monday, calling it a “win for protecting free speech on public college campuses.”
  24. ^ "Analysis finds increase in white supremacist propaganda on college campuses". www.insidehighered.com. Dicapai pada Mac 21, 2019.
  25. ^ "President Trump vows to issue executive order barring research funds to colleges that don't support free speech". www.insidehighered.com. Dicapai pada Mac 21, 2019.
  26. ^ Shaw, Adam (Mac 21, 2019). "Trump signs executive order to promote free speech on college campuses". Fox News. Dicapai pada Mac 29, 2019.
  27. ^ Harris, Adam (Mac 21, 2019). "Trump's Redundant Executive Order on Campus Speech". The Atlantic. Dicapai pada Mac 29, 2019.