Pendidikan menengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pendidikan menengah terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Ia dipanggil menengah kerana ia terletak di tengah-tengah iaitu antara sekolah rendah dan universiti (pendidikan tinggi). Usia pelajar-pelajar di sekolah menengah adalah di antara tiga belas hingga lapan belas tahun atau sembilan belas tahun. Oleh kerana ia menjurus ke arah universiti, pelajarannya adalah lebih berat berbanding pendidikan rendah. Di negara-negara berbahasa Inggeris seperti Australia dan New Zealand, sekolah menengah dikenali sebagai "Secondary schools".

Sekolah menengah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pendidikan menengah di sini adalah dijalankan di:-

Sekolah Berasrama Penuh[sunting | sunting sumber]

Hanya pelajar terpilih dari segi akademik layak untuk masuk ke sekolah ini. Pelajar berhak memilih bahasa tambahan seperti bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan bahasa Arab.Pelajar yang memasuki SBP aliran agama wajib mengambil bahasa Arab seperti KISAS .Turut digelar SBP.

Sekolah Menengah Teknik & Vokasional[sunting | sunting sumber]

Dipilih selepas tingkatan tiga iaitu selepas PMR berdasarkan keputusan PMR masing-masing. Pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang diserap ke aliran teknik, pelajar dengan keputusan sederhana akan diserap ke aliran vokasional dan pelajar yang mendapat keputusan yang agak 'teruk' akan diserap ke aliran kemahiran. Turut dikenali sebagai SMT/SMTV

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama[sunting | sunting sumber]

Dipilih daripada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam UPSR mahupun PMR. Pelajar yang memasuki sekolah ini akan diajar bahasa Arab. Pada sebelah petang dan malam akan diajar subjek agama. Selalunya bab-bab fiqh (fekah). Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah contohnya Universiti Madinah dan Universiti al-Azhar boleh mengambil peperiksaan agama iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia atau STAM yang hanya ada di Sekolah Agama Negeri atau SAN dan Sekolah Agama Rakyat atau SAR kerana sekolah-sekolah ini mengguna pakai Al-Azhar Bu'uth(sukatan). Turut digelar SMKA.

Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar dibahagikan kepada aliran tertentu seperti sains, perdagangan atau sastera. Sewaktu berusia tujuh belas atau lapan belas tahun iaitu di tingkatan lima, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Sekiranya lulus mereka boleh meneruskan pelajaran menengah di tingkatan enam dan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM ataupun mengambil peperiksaan lain seperti A-levels.

Lihat juga: Pendidikan Menengah Malaysia

Sekolah menengah di barat[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, bergantung kepada daerah sekolah, pelajar-pelajar sekolah rendah atau elementary school boleh melanjutkan pelajaran samada di middle school atau junior high school. Middle school adalah setaraf dengan pendidikan menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tiga. Manakala Junior high school terdiri dari pelajar-pelajar grades 7-9 atau tingkatan empat hingga enam. Selepas itu, pelajar-pelajar pergi ke high school iaitu grades 9-12 atau bersamaan dengan kursus matrikulasi di Malaysia.

Berbanding dengan Malaysia, negara ini tiada peperiksaan penilaian kebangsaan seperti SPM. Namun, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, pelajar perlu lulus dalam semua matapelajaran wajib dan mendapat GPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) yang baik bagi setiap penggal di high school. Bagi setengah-setengah universiti pula, menghendaki pelajarnya untuk lulus ujian SAT atau Scholastic Aptitude Test.

Kebanyakan negara di Amerika Latin seperti Argentina dan Mexico mempunyai sekolah menengah seperti di Amerika Syarikat. Namun, pendidikan menengah yang wajib hanya ke tahap gred 9 atau pendidikan menengah rendah. Akibat tekanan ekonomi yang teruk ramai pelajar akan mematkan pelajaran mereka di peringkat ini dan terus ke alam pekerjaan.