Itamar Ben-Gvir
Itamar Ben-Gvir | |
---|---|
אִיתָמָר בֶּן גְּבִיר | |
Ministerial roles | |
2022– | Minister of National Security |
Faction represented in the Knesset | |
2021–2022 | Religious Zionist Party |
2022– | Otzma Yehudit |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mevaseret Zion, Israel | 6 Mei 1976
Parti politik | Otzma Yehudit |
Pasangan | Ayala Nimrodi |
Anak | 6[1] |
Pendidikan | Ono Academic College |
Itamar Ben-Gvir (Ibrani: אִיתָמָר בֶּן גְּבִיר ; lahir 6 Mei 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik Israel selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri entiti tersebut sejak 2022.[2] Dia merupakan pengikut Kahanisme, sebuah aliran Zionis tegar[3][4] yang mendukung pengusiran warga Israel berbangsa Arab yang dianggap tidak setia kepada pemerintahan Israel.[5][6] Parti Kuasa Yahudi pimpinannya[7][8] memenangi enam kerusi dalam Knesset semasa pilihan raya umum Israel 2022 yang dilihat banyak pemerhati politik serantau sebagai pemerintah palinf berhaluan kanan sepanjang sejarah politik entiti tersebut.[9][10][11]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Itamar Ben-Gvir lahir di Mevaseret Zion, ayahnya Zadok Ben-Gvir (צדוק בן גביר), nama keluarga asal: حَنَان Hanan) keturunan Iraq yang lahir di Baitulmaqdis dan bekerja di sebuah stesen minyak manakala ibunya Shoshanah (שושנה; nama keluarga asal: שנגלוף Shangloff) asal Kurdistan anggota Irgun dan suri rumah. Keluarganya beraliran sekular tetapi dia mula memegang ideologi radikal semasa Intifadah Pertama. Dia anggotai parti Moledet (מולדת, "tanah lahir") sebelum beralih kepada parti Kach/Kahane Chai yang dikelaskan sebagai pertubuhan pengganas oleh pemerintah entiti Israel sendiri.[12][13] Dia dibuang kelayakan dikerah masuk ke Angkatan Pertahanan Israel apabila mencecah usia 18 tahun kerana latar belakangnya.[14][15]
Apabila Baruch Goldstein melakukan pembunuhan jemaah Masjid Ibrahimi di Khalil tetapi berjaya ditangkap dan dipukul mati para saksi pada 1994, Itamar menggantung gambar Baruch di ruang tamunya sebagai idola sanjungannya.[8] Itamar mula dikenali orang ramai pada 1995 apabila dirakam mencuri hiasan hud kereta Cadillac milik Yitzhak Rabin sambil berkata "kami berjaya tangkap keretanya, dan kami akan tangkapnya nanti"; beberapa minggu selepas itu Yitzhak dibunuh Yigal Amir, seorang aktivis sefahaman Itamar.[15][16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ben Gvir's wife: Yes, I carry a gun, 'deal with it'". The Times of Israel. 2022-11-14. Dicapai pada 2023-12-20.
- ^ "Far-right extremist gets Israeli security job as coalition deals struck". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 25 November 2022. Dicapai pada 3 December 2022.
- ^ "Itamar Ben-Gvir: Israeli far-right leader set to join new coalition". BBC News. 25 November 2022. Dicapai pada 22 December 2022.
- ^ Toosi, Nahal (December 20, 2022). "Biden's strategy for a far-right Israel: Lay it all on Bibi". Politico. Dicapai pada 25 December 2022.
- ^ Magid, Jacob (24 February 2019). "Otzma Yehudit candidate: Critics have to go back 30 years in order to attack us". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 February 2019.
- ^ Hermann, Tamar (2022). "The Religions Zionist Sector at Bay". Religions. 13 (2): 178. doi:10.3390/rel13020178.
- ^ "Otzma Yehudit leaders attack Jewish Home over Amona". Israel National News. 11 December 2016. Dicapai pada 9 July 2017.
- ^ a b "Israel's far-right leader Ben-Gvir wins adoring young fans". France24.com. 27 October 2022. Dicapai pada 2 November 2022.
- ^ Keller-Lynn, Carrie (29 December 2022). "Netanyahu returns as PM, wins Knesset support for Israel's most hardline government". The Times of Israel. Dicapai pada 29 December 2022.
- ^ Kelman, Aaron (27 January 2013). "Arab town doesn't love anti-Arab party". The Times of Israel. Dicapai pada 21 June 2015.
- ^ Ahren, Raphael (18 February 2015). "The extremist who could bring Kahanism back to the Knesset". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 February 2019.
- ^ Goldberg, Elisheva (5 November 2012). "'Kahane For Kids'". The Daily Beast. Dicapai pada 9 July 2017.
- ^ McKernan, Bethan (2 November 2022). "Benjamin Netanyahu thanks voters as exit poll puts him ahead in Israel election". The Guardian. Dicapai pada 3 November 2022.
- ^ Ben-Dor, Calev (September 2022). "The Rise of Itamar Ben Gvir". Fathom. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2023. Dicapai pada 2023-05-03.
- ^ a b Maltz, Judy (4 January 2016). "The Lawyer for Jewish Terrorists Who Started Out by Stealing Rabin's Car Emblem". Haaretz. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2023. Dicapai pada 9 July 2017.
- ^ Hendrix, Steve; Rubin, Shira (October 28, 2022). "Israel election: A far-right politician moves closer to power". The Washington Post. Dicapai pada 17 November 2022.