Itik Belibis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Itik Belibis
Belibis di Wilayah Chiang Mai, Thailand
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Order: Anseriformes
Famili: Anatidae
Subfamili: Dendrocygninae
Genus: Dendrocygna
Spesies: D. javanica
Nama binomial
Dendrocygna javanica
(Horsfield, 1821)
Taburan populasi dalam warna hijau dan musim panas dalam warna biru

Itik Belibis (bahasa Inggeris: Lesser Whistling Duck atau Indian Whistling Duck) ialah sejenis itik bersiul kecil yang banyak terdapat di Asia. Burung ini membiak di India dan Asia Tenggara. Burung ini tidak banyak berhijrah, kecuali yang di China yang diketahui menghabiskan musim sejuk lebih jauh di selatan. Nama saintifiknya ialah Dendrocygna javanica. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [2]

Itik Belibis mempunyai kepala, paruh, dan kaki yang panjang. Warna paruhnya kelabu, manakala kepala, leher, dan bahagian bawahnya kuning pucat, dengan warna jambul yang lebih tua. Sayap dan bahagian belakangnya kelabu tua, dengan tompok-tompok perang berangan pada sayap dan ekornya. Bulunya serupa.

Itik Belibis adalah spesies yang berkelompok. Ia bersarang di lubang pokok serta sarang lama burung yang lain, atau di pelantar ranting dekat tanah, dan mengeluarkan sebanyak 6-12 biji telur. Habitatnya tasik air tawar yang mempunyai banyak tumbuhan. Itik ini makan biji dan tumbuh-tumbuhan yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z