Itik Peking

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Itik Peking selepas dikeringkan.

Itik Peking atau Itik Panggang Peking ialah hidangan itik terkenal dari Beijing yang telah disediakan sejak zaman empayar lagi dan kini dianggap sebagai salah satu makanan negara China.

Hidangan Itik Peking dihargai kerana kulitnya yang nipis dan garing, dengan versi aslinya menyajikan kulit hampir pada keseluruhannya, tanpa banyak daging, dan dihiris di hadapan pelanggan oleh tukang masak. Itik yang diternak khas untuk hidangan ini disembelih selepas 65 hari dan diperasakan sebelum dipanggang di dalam ketuhar tertutup atau ketuhar gantung. Dagingnya sering dimakan dengan penkek, daun bawang, dan sos hoisin atau sos mi manis.

Dua restoran yang paling terkenal di Beijing yang melayani hidangan istimewa ini ialah:

yang telah wujud selama dua abad dan telah menjadi jenama sebutan ramai. Kelainan hidangan ini yang dikenali sebagai "itik aromatik garing" telah dicipta oleh komuniti Cina di United Kingdom.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]