Pergi ke kandungan

Jalan Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Empayar Akhamaniyah dan bahagian Jalan Diraja yang dicatatkan oleh Herodotus

Jalan Diraja merupakan sebuah lebuh raya purba yang diaturkan dan dibina semula untuk perdagangan di Empayar Akhamaniyah pada abad ke-5 SM.[1] Jalan ini dibina bagi memudahkan komunikasi yang pesat di bahagian barat empayar yang besar ini, dari Susa hingga ke Sardis[2] dan mungkin disempurnakan di bawah pemerintahan Darius I. Utusan-utusan berkuda khas yang dipanggil Caparkhaneh atau Angarium boleh bergerak 1,677 batu (2,699 km) dari Susa ke Sardis dalam tempoh sembilan hari. Perjalanan yang sama berjalan kaki memakan masa sembilan puluh hari.[3]

Laluan lebuh ini telah dibina semula berdasarkan tulisan-tulisan Herodotus,[4] kajian arkeologi dan rekod sejarah yang lain. Ia bermula di barat Sardis (kira-kira 60 batu ke timur di Izmir, kini Turki), menuju ke timur melalui melalui apa yang sekarang ini merupakan bahagian tengan utara Turki ke ibu negara Assyria purba Nineveh (kini Mosul, Iraq), kemudiannya melalui ke selatan ke Babylon (Baghdad masa kini, Iraq).

Oleh sebab jalan ini tidak mengikut laluan terpendek atau termudah antara bandar-bandar terpenting dalam empayar, ahli arkeologi percaya bahagian paling barat jalan ini mungkin asalnya dibina oleh raja-raja Assyria, kerana jalannya melalui pusat empayar lama mereka. Bahagian-bahagian jalan yang lebih timur, yang boleh dilihat di utara Iran moden, tidak dicatatkan oleh Herodotus, yang pandangannya terhadap Parsi adalah dari perspektif seorang Yunani Ionia di Barat;[5] bahagian-bahagian Jalan Diraja yang merentasi penara tengah Iran, seperti Laluan Khorasan Agung, bertepatan dengan laluan perdagangan utama yang dikenali sebagai Laluan Sutera.

Walau bagaimanapun, Darius I menambah baik rangkaian jalan sedia ada menjadi Jalan Diraja seperti yang dikenali hari ini.[perlu rujukan] Penambahbaikan kemudian oleh Rom terhadap dasar jalan dengan permukaan berkerikil padat selebar 6.25 m yang dibatasi oleh susur jalan batu telah ditemui di satu rentasan berhampiran Gordium[6] dan menyambungkan bahagian-bahagian tersebut menjadi satu lebuh yang panjangnya kira-kira 1677 batu, terutamanya sebagai jalan pos, dengan seratus sebelas stesen pos yang mempunyai banyak kuda ganti. Kaedah ini membenarkan komunikasi bergerak dengan utusan khas berkuda yang pantas, dipanggil pirradazis.

Pada tahun 1961, di bawah geran daripada Persatuan Falsafah Amerika, S. F. Starr telah menjejaki jalan yang menyambungkan Gordium dan Sardis, mengenal pasti persimpangan sungai melalui tembok jambatan purba.[7]

Ahli sejarah Yunani Herodotus menulis, "Tiada apa pun di dunia yang bergerak lebih pantas daripada utusan-utusan khas Parsi ini." Pujian Herodotus untuk para utusan ini—"Tidak salji mahupun hujan, kepanasan mahupun kegelapan malam dapat menghalang utusan-utusan ini daripada menyempurnakan pusingan tugas mereka dengan pantas"—tertera di Pejabat Pos James Farley di New York dan kadangkala dianggap sebagai kata cogan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat.

"Jalan Diraja" sebagai metafora dalam petikan terkenal

[sunting | sunting sumber]

Euclid dikatakan membalas permintaan Raja Ptolemy untuk cara yang lebih mudah mempelajari matematik dengan menyatakan bahawa "tiada Jalan Diraja untuk ke geometri," menurut Proclus.[8] Ayat yang sama juga dikaitkan dengan Menaechmus sebagai balasan kepada Alexander Agung.[9]

Charles Sanders Peirce, dalam karyanya Cara Menjelaskan Idea Kita (1878), menyatakan, "Tiada jalan diraja untuk ke logik, dan idea yang benar-benar bernilai hanya boleh diperoleh dengan harga perhatian yang mendalam."

Sigmund Freud terkenal menggambarkan mimpi sebagai "jalan diraja untuk ke alam bawah sedar" ("Via regia zur Kenntnis des Unbewußten").

Karl Marx menulis dalam Kata Pengantar untuk Edisi Perancis 1872 bagi Das Kapital (Jilid 1), "Tiada jalan diraja untuk ke sains, dan hanya mereka yang tidak gentar mendaki lereng curamnya yang berpeluang mencapai puncak gemilangnya."

The Royal Road to Romance (1925) ialah buku pertama karya Richard Halliburton, yang merakam perjalanan dunianya sebagai seorang pemuda dari Andorra ke Angkor.

  1. ^ Graf, David F. (1994). "The Persian Royal Road System". Continuity & Change: Proceedings of the Last Achaemenid History Workshop 1990. 8. Nederlands Instituut voor het Nabije Oosten. m/s. 167–189. ISBN 90-6258-408-X.
  2. ^ Fox, Robin Lane (1973). Alexander the Great. London: Penguin. m/s. 96. ISBN 0-86007-707-1.
  3. ^ Fox, Robin Lane (1973). Alexander the Great. London: Penguin. m/s. 96. ISBN 0-86007-707-1.
  4. ^ "Herodotus, seorang Yunani dari pantai Aegean Asia Minor, nampaknya hanya melaporkan bahagian rangkaian jalan yang menuju terus ke bahagian dunia Greek yang menjadi perhatiannya," catatan Young, Rodney S. (1963). "Gordion on the Royal Road". Proceedings of the American Philosophical Society. 107 (4): 348–364. JSTOR 985675.
  5. ^ "Herodotus, seorang Yunani dari pantai Aegean Asia Minor, nampaknya hanya melaporkan bahagian rangkaian jalan yang menuju terus ke bahagian dunia Greek yang menjadi perhatiannya," catatan Young, Rodney S. (1963). "Gordion on the Royal Road". Proceedings of the American Philosophical Society. 107 (4): 348–364. JSTOR 985675.
  6. ^ Berhampiran Gordium, laluan itu dikenal pasti sebagai selepas zaman Phrygia, kerana ia melengkung mengelilingi tumuli Phrygia: Young, Rodney S. (1956). "The Campaign of 1955 at Gordion: Preliminary Report". American Journal of Archaeology. 60 (3): 249–266. doi:10.2307/500152. JSTOR 500152. S2CID 192962099 p. 266 "The Royal Road"; dan 61 (1957:319 dan ilustrasi).
  7. ^ Starr, S. F. (1963). "The Persian Royal Road in Turkey". Yearbook of the American Philosophical Society 1962. Philadelphia. m/s. 629–632.
  8. ^ Proclus, p. 57
  9. ^ "Menaechmus - Biography".
  • Lockard, Craig A. (2008). Societies, Networks, and Transitions, A Global History. Boston, MA: Houghton Mifflin.
  • "The Persian Royal Road". Livius: Articles on Ancient History. Dicapai pada 6 Mac 2021.
  • "The Royal Road". The History of Iran on Iran Chamber Society. Dicapai pada 5 Mei 2006.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkaitan Royal Road di Wikimedia Commons