Jambatan (rangkaian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jambatan atau (Bridge) merupakan penghubung kepada beberapa segmen rangkaian di lapisan kedua model OSI.

Rupa bentuk bridge adalah seperti sebuah kotak kecil, dengan dua penyambung rangkaian yang disambung kepada dua rangkaian yang terpisah. Bridge digunakan untuk menghantar data di antara rangkaian yang menggunakan protokol yang sama. Bridge boleh digunakan untuk menapis peket, iaitu ia hanya akan menghantar trafik tertentu sahaja.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Bridge menggunakan maklumat di kepala frame untuk memantau sumber dan destinasi alamat MAC pada setiap frame data. Di dalam LAN, frame adalah merupakan satu unit lapisan-MAC yang mengandungi maklumat kawalan dan data. Dengan memantau alamat sumber-sumber ini, bridge akan dapat mengecam semua lokasi sistem rangkaian. Bridge kemudiannya akan membina satu jadual yang menyenaraikan alamat MAC yang boleh dicapai oleh setiap port. Ia kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk menyelaras aliran data dalam rangkaian.