Rangkaian kawasan setempat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Ciri-ciri pentakrifan LAN, berbanding rangkaian kawasan luas (wide area network-WANs), termasuk biasanya kadar pemindahan data tinggi, kawasan geografi lebih kecil, dan tidak memerlukan talian suwa.

ARCNET, gelang token dan teknologi lain telah digunakan pada masa lalu, tetapi Ethernet melalui kabel pasangan berlingkar, dan Wi-Fi merupakan dua teknologi paling biasa digunakan masa kini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Apabila sejumlah besar universiti dan makmal penyelidikan mendapat computer pada akhir 1960-an, terdapat peningkatan tekanan bagi membenarkan sambungan berkelajuan tinggi. Satu laporan pada 1970 daripada Makmal Lawrence Radiation memperincikan pertumbuhan rangkaian "Octopus" mereka. [1][2] memberikan petanda baik mengenai situasi masa itu.

Gelang Cambridge dikembangkan di Universiti Cambridge pada tahun 1974[3] tetapi ia tidak pernah dibangunkan menjadi keluaran perdagangan yang berjaya.

Ethernet dibangunkan di Xerox PARC pada tahun 1973–1975,[4] dan memohon U.S. Patent 4,063,220 . Pada 1976, selepas system tersebut dilaksanakan di PARC, Metcalfe dan Boggs menerbitkan kertas seminal mereka, "Ethernet: Distributed Packet-Switching For Local Computer Networks."[5]

ARCNET dibangunkan oleh Datapoint Corporation pada tahun 1976 dan diumumkan pada tahun 1977.[6] Ia mendapat pemasangan perdagangan pertamanya di Chase Manhattan Bank di New York.[7]

Evolusi piwai[sunting | sunting sumber]

Perkembangan dan pertambahan computer peribadi berasaskan CP/M sejak akhir 1970-an dan kemudiannya computer peribadi berasaskan DOS sejak tahun 1981 bererti tapak tunggal kini memiliki berdozen malah beratus-ratus komputer. Tarikan awal bagi rangkaian biasanya adalah untuk perkongsian ruang cakera keras dan printer laser, kedua-duanya amat mahal ketika itu. Terdapat minat yang tinggi bagi konsep tersebut dan untuk beberapa tahun, dari 1983 seterusnya, pendeta industri computer sering mengumumkan bahawa tahun berikutnya merupakan “tahun LAN”.

Dalam perlaksanaan, konsep ini dicacatkan dengan perkembangan perlaksanaan Lapisan fizikal dan protocol rangkaian yang tidak serasi, dan pelbagai kaedah berkongsikan sumber. Biasanya, setiap pembekal akan memiliki kad rangkaian, pendawaian, protocol, dan sistem pengendalian rangkaian mereka sendiri. Penyelesaian muncul dengan kemunculan Novell NetWare yang memberikan sokongan adil kepada beberapa dozen jenis kad/kabel saingan, dan memiliki sistem pengendalian yang maju berbanding kebanyakan saingannya. Netware menguasai[8] perniagaan LAN computer peribadi dari awal selepas ia diperkenalkan sejak 1983 sehingga pertengahan 1990s apabila Microsoft memperkenalkan Pelayan Lanjutan Windows NT dan ’’Windows for Workgroups’’.

Daripada saingan kepada NetWare, hanya Banyan Vines memiliki kekuatan teknikal yang setaraf, tetapi Banyan tidak pernah mendapat tapak yang kukuh. Microsoft dan 3Com bekerjasama bagi mencipta sistem pengendalian rangkaian yang membentuk asas 3Com's 3+Share, LAN Manager Microsoft dan LAN Server IBM – tetapi tidak satupun dari yang ini amat berjaya.

Pada masa yang sama, stesyen kerja Unix daripada pembekal seperti Sun Microsystems, Hewlett-Packard, Silicon Graphics, Intergraph, NeXT dan Apollo menggunakan rangkaian berasaskan TCP/IP. Sungguhpun petak pasaran ini sudah banyak berkurangan, teknologi yang dibangunkan bagi bahagian ini terus mempengaruhi Internet dan rangkaian Linux dan Mac OS X Apple —dan protocol TCP/IP kini hampir menggantikan sepenuhnya IPX, AppleTalk, NBF, dan protocol lain yang digunakan oleh PC LAN dahulu.

Pendawaian[sunting | sunting sumber]

Pendawaian LAN awal seringkali berdasarkan pelbagai gred kabel sepaksi, tetapi Token Ring IBM menggunakan kabel pasangan terpiuh bertebat reka bentuk mereka sendiri, dan pada 1984 StarLAN menunjukkan potensi kabel pasangan terpiuh “tidak bertebat “ Kategori 3—kabel ringkas yang sama yang digunakan bagi system telefon. Ini mendorong kepada pembangunan 10Base-T (dan penggantinya) dan penkabelan berstruktur yang masih merupakan asas LAN hari ini. Tambahan lagi, kabel serat optik semakin meluas digunakan.

Aspek teknikal[sunting | sunting sumber]

Ethernet bersuis merupakan perlaksanaan Lapisan Pautan Data (“Data Link Layer”) pada rangkaian kawasan setempat. Pada Lapisan Rangkaian (“Network Layer”), Protokol Internet (contohnya. TCP/IP) telah menjadi piwai. LAN lebih kecil biasanya terdiri dari satu atau lebih suis bersambung sesame sendiri—sering kali salah satunya bersambung dengan penghala, modem kabel, atau modem ADSL untuk capaian Internet.

LAN lebih besar memiliki ciri kegunaannya dengan pautan berganda dengan suis menggunakan protocol pepohon rentang (“spanning tree protocol” bagi menghalang gegelung, keupayaannnya bagi mengendali pelbagai jenis trafik melalui kualiti perkhidmatan (quality of service-QoS”), dan mengasingkan trafik menggunakan VLAN. LAN lebih besar turut mengandungi pelbagai peranti rangkaian luas seperti suis, tembok api, penghala, penimbang beban, dan penderia.[9]

LAN mungkin mempunyai hubungan dengan LAN lain melalui talian suwa, talian pajak, atau menerowong merentasi Internet menggunakan teknologi rangkaian persendirian maya. Bergantung kepada bagaimana sambungan itu dibuat dan diperkukuhkan di LAN, dan jarat terbabit, LAN mungkin juga dikelaskan sebagai rangkaian kawasan metropolitan (“metropolitan area network-MAN”) atau rangkaian kawasan luas (“wide area networks-WAN)”

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]