James Seng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
James Seng
Kelahiran
Seng Ching Hong

k.k. 1973 (umur 50–51)
WarganegaraSingapura
Laman web rasmiBlog James Seng

James Seng (lahir k.k. 1973) ialah Pengerusi Pasukan Kejuruteraan ENUM Asia Pasifik (APEET) dan Penolong Pengarah bagi Pihak Berkuasa Pembangunan Teknologi Maklumat di Enabler Technologies. Beliau ialah salah satu perintis internet Singapura yang telah diiktiraf sebagai pakar antarabangsa dalam bidang tersebut.

Seng seringnya memberi ucapan dalam berbagai-bagai forum tentang persoalan internet seperti IDN, VoIP, IPv6, spam, OSS dan penguasaan internet. Beliau juga amat aktif dalam sebilangan pertubuhan piawai seperti ISO/IEC JTC1 dan IETF, dan berkhidmat dalam sebilangan lembaga/jawatankuasa pertubuhan internet.

Kerjaya dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Seng memulakan kerjayanya di syarikat TechNet, pembekal perkhidmatan internet yang tunggal di Singapura pada tahun 1993 ketika masih merupakan pelajar di Universiti Nasional Singapura. Technet kemudian berpisah dengan syarikat induknya untuk menjadi Pacific Internet.

Pada tahun 1993, Seng membangun Heroes of the Lance III,[pautan mati kekal] permainan main peranan berbilang pemain dalam talian (MMORPG). Pada akhir tahun 1998, beliau mengasaskan i-DNS.net dengan pelaburan sebanyak AS$24 juta daripada General Altantic Partners serta Network Solutions/Verisign [1] dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknologinya selama tiga tahun. Di bawah pimpinannya, syarikat itu berkembang ke seluruh dunia, dengan pejabat-pejabat di melebihi tujuh buah negara.

Seng juga membangun sebilangan perisian dan perkhidmatan internet seperti PObox (1995), sebuah perkhidmatan e-mel dan pengiriman berasaskan laman yang telah dilesenkan dan didagangkan oleh:

Seng kini merupakan Penolong Pengarah bagi Pihak Berkuasa Pembangunan Teknologi Maklumat di Enabler Technologies dan bertanggungjawab untuk menjejaki teknologi memuncul dan mengganggu dalam internet, perisian sumber terbuka, penukaran maklumat, dan bidang-bidang berkait.

Pada tahun 2005, Seng memulakan suatu metablog untuk blogosfera Singapura yang dikenali sebagai Tomorrow.sg. Metablog ini kini merupakan salah satu destinasi internet yang paling popular dalam kalangan pengguna internet Singapura, dengan media tempatan sering 'meminjam' beritanya.

Seng kini masih membangun perisian internet dan menyumbang kepada gerakan Sumber Terbuka sebagai hobi. Beliau juga memulakan Projek Perisian Sumber Terbuka IDN (IDN-OSS) dan menyumbangkan kod kepada komuniti blog, termasuk banyak modul pemalam untuk Movable Type (sistem penerbitan blog) serta Drupal 4 Blogger.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Blog James Seng: Biografi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-17. Dicapai pada 2009-11-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]