Janda Anak Enam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Janda Anak Enam"
Single oleh Amelina
Dilancarkan pada14 Disember 2018
Format
GenreDangdut
Panjang3:42
SyarikatIndigital
PenulisKucing Manja
PenerbitKucing Manja
Kronologi single Amelina
""Cinta Harus Seksi"
(2016)"
"Janda Anak Enam" ""Ada Untukmu"
(2020)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Janda Anak Enam" ialah lagu yang dirakamkam dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Amelina.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan Kucing Manja dan dikeluarkan pada 14 Disember 2018 oleh Indigital.[2][3]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 3 minit dan 42 saat, "Janda Anak Enam" mengisahkan pahit maung dan kedukaan yang dilalui oleh Amelina dalam perkahwinannya sebelum ini.[3] Dalam temuramah bersama Berita Harian, Amelina berkata lagu itu diterbitkan sebagai sindiran sinis terhadap lelaki yang pernah mempersiakan pasangan hidup mereka. Menerusi lagu itu juga, beliau mahu membuktikan, wanita mampu teruskan hidup tanpa lelaki di sisi. Beliau berkata:

"Lagu ini juga saya tujukan kepada semua lelaki di luar sana, malah ia mewakili suara ibu tunggal lain kerana saya faham perjalanan yang mereka tempuhi selepas berpisah. Apabila berlaku kemusnahan dalam rumah tangga, mesti ada cerita di sebaliknya. Saya tidak perlu malu untuk berkongsi kisah hidup sendiri dengan orang luar,".[3]

Amelina juga mendedahkan lagu ini menjadi kesinambungan kepada lagu "Anak Dara" yang dikeluarkan pada 1998.[3] Beliau meminta Kucing Manja iaitu adik kepada penyanyi Iwan Syahman agar menghasilkan lagu tentang dirinya. Tambahnya, lagu tersebut juga dibuat khas untuk mewakili nasib janda-janda di Malaysia yang senasib dengannya.[4][5][6]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[7]
  1. "Janda Anak Enam" – 3:42

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 14 Disember 2018 Muat turun digital[7]
Penstriman digital[8]
Indigital

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dennis Chua (22 Januari 2019). "#Showbiz: Amelina's 'Janda Anak Enam' best describes her life" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Januari 2019). "Janda Anak Enam lagu terbaru Amelina". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2019.
  3. ^ a b c d Muhammad Fairoz Azizan (21 Januari 2019). "Amelina sindir lelaki menerusi lagu Janda Anak Enam". Berita Harian. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (21 Januari 2019). "Amelina akui lagu Janda Anak Enam kisahnya". BebasNews. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  5. ^ Hasbullah Awang Chik (15 Julai 2019). "Walau 'janda anak enam', lelaki bujang 'risik' Amelina". Projek MM. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  6. ^ "Lagu realiti Amelina, Janda Anak Enam". Berita Mediacorp. 23 Januari 2019. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  7. ^ a b "Janda Anak Enam - single by Amelina". iTunes (MY). Dicapai pada 21 Mac 2019.
  8. ^ "Janda Anak Enam, a song by Amelina". Spotify. Dicapai pada 21 Mac 2019.